Tahukah anda, kira-kira 15 juta sel kulit mati berpindah dari kulit anda ke cadar katil dalam masa satu hari? Ia berlaku apabila kulit anda bergesel dengan cadar apabila anda bergerak dan memusingkan badan sewaktu baring.

Perkara ini menyebabkan cadar akan menarik bakteria dan sel-sel kulit yang kotor di badan. Semua sel mati ini akan menumpuk di cadar dan boleh mencetuskan kegatalan dan ketidakselesaan akibat bakteria yang terbiar.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Mikrobiologi Klinikal mendapati bahawa jumlah pencemaran bakteria yang paling tinggi adalah pada lembaran di bahagian kepala, pangkal paha dan kaki. Sekiranya anda tidur ke sisi, nafas anda juga boleh mencemari cadar dan sarung bantal dengan bakteria.

Bakteria memerlukan tiga perkara untuk berkembang di tempat tidur atau atas katil. Ia termasuk air, makanan dan kehangatan. Malah, mereka juga menyukai sel kulit mati dan juga minyak dari rambut.

Oleh sebab itu, jika anda tidak menukar dan mencuci cadar secara berkala, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh anda seperti:

  • Pneunomia
  • Kerengsaan atau eksim kulit
  • Jangkitan kulat pada badan
  • Tungau Debu
  • Alahan
  • Selsema dan bersin

Cadar Yang Kotor Memerangkap Sekitar 15 Juta Sel Kulit Mati

Anda kebiasaannya akan berada di atas katil sekitar 8 hingga 12 jam untuk tidur dan merehatkan badan. Ia merupakan waktu yang lama dan mencukupi untuk bakteria, kulat, peluh dan sel kulit berpindah dari badan ke katil.

Semakin lama anda menggunakan cadar yang kotor dan tidak dicuci, semakin banyak kotoran dan makhluk yang akan membiak di atas cadar anda. Dan jangan terkejut jika anda melihat cadar menerusi mikroskop atau kanta pembesar, anda mendapati yang mana anda selama ini tidur dengan ratusan ribu araknid.

Tidak dinafikan, cadar yang kotor ini tidak semestinya membuat anda sakit. Namun untuk sebab lain, anda juga berkemungkinan besar akan menjadi penyebar bakteria melalui linen seperti baju dan seluar jika anda memakai pakaian yang sama apabila bangun dari katil.

Berapa Kerap Perlu Anda Tukar Cadar Katil?

Rata-rata, kebanyakan pakar mengesyorkan untuk melakukan cucian secara mingguan iaitu sekali seminggu. Walau bagaimanapun, jika terdapat beberapa faktor yang mustahak untuk anda cuci, pertimbangkan untuk mencuci cadar sekurang-kurangnya dua kali seminggu:

  • Anda mempunyai alahan debu atau debunga
  • Anda atau pasangan anda banyak berpeluh
  • Anda atau pasangan anda menghidap penyakit berjangkit
  • Haiwan peliharaan tidur di atas katil bersama anda

Apabila anda mengalami perkara di atas, risiko untuk kesihatan adalah lebih tinggi dan cenderung untuk menjadi satu kesan yang lebih besar.

Kepentingan Mencuci Dan Menukar Cadar Dengan Kerap

Baring di atas cadar yang bersih akan memberikan satu perasaan yang baik untuk anda. Di samping itu juga, ia mengurangkan kesan buruk berlaku pada badan kerana cadar yang kotor akan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Percayakan anda bahawa cadar yang bersih menberikan keselesaan dan ketenangan yang maksima ketika tidur. Hal ini sama dengan perasaan ketika anda masuk ke dalam bilik atau ruang yang bersepah, pastinya anda akan rasa tidak selesa dan tidak gembira ketika berada lama di dalamnya. Cuma, untuk cadar yang kotor kesannya adalah lebih besar pada kulit dan deria anda.