Kuali tidak lekat atau non-stick pan adalah sangat mudah untuk digunakan untuk masakan yang melibatkan goreng dan juga panggang. Hal ini kerana lapisan di dalamnya
Kuali tidak lekat atau non-stick pan adalah kuali yang sangat terkenal dan digunakan di kebanyakan rumah kerana sifatnya yang mudah dibersihkan. Malah dengan menggunakan kuali jenis ini juga, ia membantu ramai keluarga dalam mempraktikkan penyediaan hidangan rendah lemak kerana kuali ini tidak memerlukan minyak untuk mengelakkan makanan daripada melekat.
Sebilangan besar lapisan tidak lekat diperbuat daripada silikon atau fluorokarbon. Untuk lapisan berasaskan silikon biasanya melibatkan peralatan yang tidak terkena pada suhu yang tinggi secara langsung seperti senduk, spatula, mangkuk dan sebagainya. Sementara lapisan berasaskan fluorokarbon pula boleh didapati pada kuali dan juga mangkuk memasak.

Apa yang menyebabkan lapisan tertanggal?
Oleh sebab kuali tidak lekat mudah untuk dikendalikan, maka ia seringkali menjadi pilihan tukang masak untuk menyediakan makanan. Apabila digunakan terlalu kerap, lapisan fluorokarbon cenderung untuk terhakis dari masa ke semasa.
Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan kerosakan kuali tidak lekat:
Memasak Pada Api Yang Kuat
Bukan itu sahaja, jika anda memasak pada api yang kuat dan tinggi, ia boleh memusnahkan lapisan kuali tidak lekat anda. Menurut Badan Perlindungan Alam Sekitar, ketika kuali dipanaskan di atas 260 darjah Celsius, lapisannya boleh berubah menjadi toksik dan berpotensi untuk berubah menjadi karsinogen.
Sekiranya anda berulang kali menggunakan kuali untuk memasak dengan api yang tinggi, ia akan menghancurkan permukaan dan mengeluarkan wap toksik yang dapat menjadikan makanan anda tidak enak.
Menggunakan alatan keras dan tajam
Selain itu, kuali tidak lekat sering mempunyai lapisan yang mudah tertanggal. Sekiranya anda menggunakan senduk besi yang tajam untuk menumis atau memasak makanan, ia akan merosakkan dan mencalarkan permukaan kuali.
Perkara ini kebiasaannya berlaku terutamanya semasa anda membersihkan kuali. Sebilangan besar orang membuat kesalahan yang mana menggunakan berus keluli ysewaktu mencuci. Hakikatnya, lapisan kuali akan menjadi lebih teruk dan berlakunya lubang dan pengelupasan lapisan.
Apakah Ciri Utama Yang Perlu Ada Pada Kuali Tidak Lekat Baharu?
Sekiranya anda ingin mendapatkan kuali tidak lekat baharu, pertimbangkan untuk memilih kuali bebas toksin seperti Tefal Cookware ataupun Carote Grill Pan kerana ia lebih selamat untuk digunakan.
Anda boleh mendapatkannya dalam pelbagai saiz tidak kira kecil atau besar selain turut boleh memilih peralatan dengan penutup atau tanpa penutup.

Bolehkah Anda Menggunakan Kuali Yang Lapisannya Mula Tertanggal?
Jawapannya tidak.
Sebilangan besar kuali tidak lekat dilapisi dengan polytetrafluoroethylen yang juga dikenali sebagai Teflon. Dan banyak kajian mendapati bahawa Teflon mungkin beracun dan menyebabkan kuali tersebut tidak selamat digunakan.
Satu kebimbangan mengenai lapisan Teflon yang mengelupas dan tertanggal adalah ia cenderung untuk melekat pada makanan. Ini mungkin berlaku jika anda menggunakan kuali yang lebih murah atau berkualiti rendah.
Jadi apabila ia menggelupas, lapisan tersebut akan menjadi karsinogen yang berbahaya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda menukar kuali yang rosak kepada kuali yang lebih baik dan baharu.
Sumber: Scientific America