Beberapa hari lagi sebelum Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos 2021 ini. 

Selari dengan sambutan ini, HABIB nampaknya hadir dengan kempen kemerdekaannya yang tersendiri iaitu ‘Keindahan Kemerdekaan’. Menerusi kempen ini, ia hadir dengan sebuah kisah di sebalik penawaran koleksi mereka yang terbaru.


Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesies rama-rama indah. Pemilihan rama-rama untuk koleksi ini adalah sebagai sebuah metafora dan inspirasi yang mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19.

Mengapa HABIB Memilih Rama-Rama Sebagai Ciri Utama Dalam Koleksi Wafer Emas 999?

HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Bukan itu sahaja, pemilihan rama-rama ini juga menunjukkan simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses atau kitaran kehidupan seekor rama-rama yang melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang begitu indah.

Sama seperti apabila orang ramai rama-rama dan mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’.

Menerusi kempen ini juga, HABIB hadir dengan kolaborasi bersama pelukis tempatan, Najib Bamadhaj. Kolaborasi bersama pelukis tanah air ini merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-dua pihak dalam mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan kemas.


Di Sebalik National Aspiration

Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration. Ia diinspirasikan oleh kekuatan serta harapan.

Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan.

Untuk pengetahuan anda juga, rekaan koleksi Wafer Emas 999 diilhamkan daripada spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan.

Koleksi ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HABIB dan ikuti mereka di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook.