Carian
Ke Arah Amalan Pengambilan Snek Lebih Sihat, Jacob’s Baked Crisp
August 27, 2021 Lina Rosli

Tidak dinafikan, sekatan pergerakan telah memberi impak kepada gaya hidup rakyat Malaysia. Ramai dalam kalangan individu yang menjalani gaya hidup tidak aktif, tanpa menyedari impak negatifnya terhadap kesihatan mereka.

Bagi membantu rakyat Malaysia menghindari gaya hidup sedemikian, Jacob’s menggalakkan semua untuk mengamalkan ‘Gerakan Kebaikan’ ke arah pilihan kehidupan yang lebih sihat sempena Merdeka ini.

Salah satu galakkan yang diketengahkan adalah pengambilan snek yang lebih sihat selain memastikan rakyat Malaysia membuat pilihan yang betul dalam ruti pemakanan harian.


Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, satu daripada dua orang dewasa di Malaysia direkodkan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Di samping itu, satu daripada empat orang dewasa didapati tidak aktif secara fizikal.

Bersama-sama kempen Gerakan Kebaikan, Jacob’s dilihat elah melancarkan Jacob’s Baked Crisps baharu. Ia adalah produk pertama dalam kategori kerepek bakar selain merupakan pilihan snek yang enak dan juga sihat kerana ia dibakar dan bukannya digoreng.

Jacob’s Baked Crisps didatangkan dalam tiga perisa yang lazat iaitu Sour Cream and Onion, Cheddar dan Original.


Bagi anda yang berminat, ia boleh didapati di semua pasar raya dan gedung beli-belah di seluruh negara, serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada pada harga RM9.70 untuk pek 229g dan RM2.50 untuk pek 45g.

Bukan itu sahaja, bagi membudayakan ‘Gerakan Kebaikan’, Jacob mengajak rakyat Malaysia untuk merakam diri ketika melakukan pergerakan mudah dengan menggunakan penapis Instagram baharu.

Anda boleh berkongsi video pergerakan berserta hashtag #GerakanKebaikan64, dan jangan lupa untuk tag @jacobs_malaysia di hantaran anda.

Untuk mengakses penapis Instagram Jacob’s, anda perlu imbas kod QR atau kunjungi profil Instagram Jacob’s Malaysia (@jacobs_malaysia) untuk maklumat lebih lanjut.

Komen