Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, anda berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan yang serius, termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah pernafasan dan lain-lain.
Oleh itu bagi memastikan anda terhindar daripada masalah yang berbahaya ini, apa yang boleh anda mulakan adalah mengambil hidangan yang sihat dan juga berkhasiat.
Tiga pakar pemakanan dari Farmasi Alpro baru-baru ini melancarkan resepi hidangan sarapan
tempatan yang lebih sihat diinspirasikan dari makanan kegemaran tempatan iaitu roti canai sarang burung, tosai dan mee kolo Sarawak.

Inisiatif dari pakar nutrisi dan pemakanan dari Farmasi Alpro bertujuan untuk mendorong
lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemilihan makanan yang baik untuk kesihatan. Bukan itu sahaja, orang ramai haruslah lebih peka terhadap peningkatan kadar obesiti di
Malaysia terutamanya di sebalik pandemik Covid-19 ini.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia mempunyai antara kadar obesiti yang tertinggi di Asia dan ini dipengaruhi
oleh pelbagai faktor termasuk tabiat pemakanan yang tidak seimbang, kekurangan aktiviti
fizikal dan pengamalan gaya hidup yang kurang aktif dalam kalangan masyarakat.
Berikut adalah cara bagaimana anda boleh menukar makanan biasa kepada penggunaan bahan yang lebih sihat:
Roti ‘Wholemeal’ Sarang Burung
Disediakan oleh pakar pemakanan Nor Anieza binti Abas
Sebelum ini pernah tular mengenai hidangan ‘roti canai sarang burung’ yang mana di atas roti tersebut, diletakkan beberapa biji telur mata dan dipadankan seklai bersama daging hancur dan juga daun bawang.
Sungguh mengiurkan bukan? Namun, untuk memastikan pengambilan kalori yang rendah dalam hidangan, anda boleh menukar roti canai kepada roti hidangan penuh.
Menurut pakar diet Nor Anieza binti Abas, resepi ‘Roti Wholemeal
Sarang Burung’ ini diperkenalkan bagi tujuan menyediakan makanan yang lebih sihat dan kurang lemak. Selain itu, resipi ini juga mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang senang untuk diperoleh di rumah.

Thosai Diet Sihat
Disediakan oleh pakar pemakanan Deva Bhargunan
Thosai adalah hidangan sarapan yang terkenal di Malaysia dan ia biasanya dihidangkan
bersama kari dan chutney. Ia biasanya sering didapati di kebanyakan restoran India dan gerai mamak.
Bagi menukar hidangan penuh karbohidrat ini dalam diet harian, pakar pemakanan Deva Bhargunan telah mencipta ‘Healthy Diet Thosai’. Ia merupakah versi
thosai yang lebih sihat dan mengandungi karbohidrat yang lebih rendah.
Untuk resepinya,
Deva telah menggantikan tepung beras dengan supplemen pemakanan ‘Metabolic Sauver’
yang membantu mengawal kadar gula dalam darah untuk pesakit diabetes.
Menurut Deva juga, Thosai Diet Sihat ini juga sesuai untuk individu yang menghidap diabetes kerana ia menawarkan kandungan gula yang lebih rendah selain meningkatkan kepekaan insulin. Seperti yang anda ketahui, antara faktor utama penyakit kencing manis disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan
dalam kehidupan seharian kita.

Mee Kolo Ayam
Disediakan oleh pakar pemakanan Ivy Hew
Mee Kolo adalah hidangan mi kering yang digemari oleh masyarakat tidah hanya di
rantau Borneo malah di Semenanjung Malaysia juga.
Bagi menghasilkan resipi Mee Kolo yang lebih sihat dan juga mesra Muslim,
pakar pemakanan Ivy Hew telah memilih untuk hanya menggunakan bahan-bahan yang
sihat seperti dada ayam atau daging tanpa lemak, sayur bak choy, lobak merah dan juga minyak
zaitun.
Idea di sebalik resipi ini adalah untuk mencipta hidangan Mee Kolo yang lebih seimbang
dari segi nutrisi dan bersesuaian dengan nisbah Quarter-Quarter Half ataupun ‘Suku-Suku-
Separuh’ yang disyorkan pakar.

Tiga menu diatas adalah beberapa alternatif yang boleh anda lakukan di rumah bermula hari ini. Rasa untuk setiap hidangan masih lagi sama dengan yang sebelumnya, cuma apa yang membezakan adalah penggunaan bahan-bahan yang lebih bermanfaat untuk tubuh.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai resipi makanan sihat Alpro yang akan datang, anda boleh kunjungi laman rasmi Alpro.
Selain menyediakan resipi, Alpro juga menawarkan perkhidmatan dan nasihat penjagaan kesihatan
profesional demi kesejahteraan masyarakat. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat pemakanan
dan konsultasi diet secara percuma di semua cawangan dan juga melalui laman Facebook
rasmi Alpro Pharmacy.