Carian
Bila Kali Terakhir Anda Menyanyi? Tahukah Nyanyian Antara Aktiviti Bantu Mengaktifkan Minda, Mengekspresi Diri?
August 27, 2021 Lina Rosli

Adakah anda bersetuju bahawa nyanyian dan muzik boleh memberi kegembiraan kepada banyak orang? Tidak kira sama ada anda gembira ataupun sedih, nyanyian dikatakan mampu mengubat hati yang lara dan sering menjadi medium untuk mengekspresi diri.

Tetapi tahukah anda bahawa minat anda untuk menyanyi boleh membawa faedah yang luar biasa dalam kesihatan fizikal, emosi, dan sosial anda?


Berdasarkan laporan, ia menyanyi dalam paduan suara dapat memiliki pelbagai manfaat termasuk kesan biologi seseorang individu. Ia menyatakan bahawa dengan menyanyi, individu akan lebih berasa tenang dan selesa selain mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Sementara penemuan utama dari Jurnal mengenai kesan nyanyian kepada peningkatan emosi dan beberapa hormon lain pula menunjukkan terdapatnya kaitan antara kedua-duanya yang mana berlakunya penurunan kortisol dan peningkatan aktiviti sitokin secara konsisten dalam kalangan ahli koir.

Kedua-dua hormon juga bertindak balas terhadap intervensi muzik pendek dan menyanyi yang mengakibatkan peningkatan aktiviti imun dalam badan. keduanya.


Berikut adalah 3 sebab mengapa nyanyian bagus untuk anda:

Meningkatkan keupayaan paru-paru

Menjerit dan menyanyi pada nada yang tinggi memerlukan anda untuk menarik nafas secara dalam. Setelah itu, sistem pernafasan anda akan terlibat dalam menghasilkan pertukaran oksigen penuh yang berlaku di sel-sel paru-paru dan pengaktifan sistem saraf parasimpatik tubuh.

Ini seterusnya memperlambat degupan jantung kita dan melebarkan saluran darah sekaligus membantu menurunkan tekanan darah sesetengah individu.

Pernafasan dalam atau diafragmatik juga didapati dapat membantu menguruskan insomnia kronik dan sindrom iritasi usus serta melegakan tekanan dengan mengurangkan kadar kortisol dalam darah.

Membantu mengaktifkan sel otak

Bukan itu sahaja, penekanan yang dilakukan sewaktu menyanyi memerlukan anda mengawal kadar pernafasan dan akan mengaktifkan sel di kawasan otak yang berkaitan dengan emosi, perhatian dan kesedaran tubuh.

Satu kajian mendapati bahawa penyanyi profesional menunjukkan peningkatan perbezaan antara rangkaian bahasa dan rangkaian nyanyian yang memungkinkan mereka memperoleh lebih banyak faedahnya. 


Menambah Konfiden Dan Mudah Untuk Ekspresikan Diri

Nyanyian adalah bentuk ekspresi manusia yang semula jadi dan global. Anda tidak perlu menganggap diri anda pandai menyanyi kerana menyanyi boleh dilakukan sebagai satu aktiviti yang membina kepercayaan dalam diri.

Dengan menyanyi juga, anda lebih mudah untuk mengekspresikan emosi dan perasaan anda ketika itu sama ada melalui lirik mahupun alunan muzik. Sebagai contoh, anda yang mungkin sedang mencari semangat ataupun motivasi cenderung untuk memilih lagu dengan muzik yang rancak. Sementara jika anda sedang bersedih, anda akan memilih lagu dengan nada yang mendayu dan lirik yang lebih puitis.

Bahkah melalui nyanyian juga, anda dapat meningkatkan kemampuan anda untuk menggunakan suara bercakap anda dengan lebih jelas dan yakin.

Sumber: BBC Science Daily Ecancer

Komen