Zalora adalah platform atas-talian yang memfokuskan kepada fesyen dan gaya hidup. Selepas melebarkan sayap mereka dengan berkolaborasi dengan H&M, kini Zalora bekerjasama pula dengan label fesyen minimalis yang berpangkalan di London iaitu COS.

Dengan ini, Zalora dilihat akan mengembangkan penawaran fesyen COS ke pasaran Asia iatu di Malaysia dan Singapura.


Bermula 30 Ogos ini, bagi anda yang meminati fesyen minimalis dari COS, anda boleh menerokai laman edagang Zalora boleh mula mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori COS.

Pada tahun lalu, Zalora telah melaksanakan perkembangan strategi yang memfokuskan kepada pakaian lestari dan juga memperbanyakkan lagi rangkaian premium di bawah jenama mereka.


Hal ini kerana, berdasarkan laporan Trender Zalora 2020, ia menunjukkan bahawa kualiti telah menguasai kuantiti yang mana pembeli di Asia Tenggara sudah mulai sedar akan nilai terhadap sesuatu pakaian.

Oleh itu, dengan kerjasama COS, ia bukan sahaja memperluaskan lagi pilihan jenama di dalam platform berkenaan, bahkan ia turut memberikan pelanggan pakaian yang lebih tahan lama dan merangkumi pakaian untuk pelbagai lapisan umur dan jantina tidak kita wanita, lelaki, pakaian santai dan aksesori.


Diilhamkan oleh budaya kontemporari, COS adalah jenama fesyen yang terkenal dengan koleksi yang menawarkan reka bentuk inovatif dengan gaya yang lebih kekal lama. Ia juga membawakan pakaian moden yang boleh digunakan dalam pelbagai acara dan majlis.

Untuk melihat lebih lanjut penawaran COS, anda boleh layari laman rasmi Zalora bermula hari ini.