Bagi anda yang meminati aiskrim, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan menu terbaru dari Nestle Ice Cream Malaysia, iaitu Onde-Onde Ice Cream.

Aiskrim ini hadir dengan rasa yang lebih klasik dan trandisional berbanding aiskrim Nestle yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Di bahagian isi aiskrim Onde-Onde, ia dilengkapi dengan campuran gula melaka dan juga kelapa parut yang tidak begitu manis dan sangat sesuai untuk anda yang menggemari rasa manis yang minimal.

Sementara di bahagian luarnya pula dilengkapi dengan lapisan aiskrim berwarna hijau yang berlemak dan cukup wangi untuk anda membayangi akan kuih onde-onde di hadapan anda sewaktu memakannya.


Cukup teruja untuk mencuba? Anda kini boleh membuat pesanan pembelian aiskrim Onde-Onde secara atas-talian untuk santapan rumah anda. Untuk setiap pembelian 12 bungkus aiskrim Onde-Onde, anda boleh menerima satu beg sejuk beku secara percuma.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan aiskrim unik pilihan ramai iaitu OREO Sandwic Ice Cream.

Secara luarannya, OREO Sandwic Ice Cream dibungkus di dalam bungkusan  biru dan putih yang sama dengan penawaran untuk versi biskut. Namun, saiznya adalah lebih besar dan isi dalamnya adalah lebih lembut dan menyegarkan lebih-lebih lagi jika dimakan sewaktu cuaca yang panas.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan Aiskrim Untuk Stok Rumah Anda?

Nestle kini menawarkan pembelian secara atas-talian di beberapa platform termasuk Shopee, Lazada dan Foodpanda.

Cara Membuat Pembelian Di Shopee dan Lazada:

Kunjungi kedai rasmi Nestle Ice Cream Malaysia

Seterusnya, pilih aiskrim yang anda gemari untuk dijadikan sajian bersama keluarga di rumah anda.

Kemudian, letakkan di dalam bakul pembelian anda dan teruskan dengan pembayaran.

Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh sekitar 2 hari dan tempoh tawaran untuk pembelian pek kombo ini terhad sehingga 30 September sahaja.


Cara Membuat Pembelian Di Foodpanda:

Untuk pembelian di aplikasi penghantaran makanan ini, anda boleh kunjungi sama ada kedai atas-talian rasmi Nestle Ice Cream berdekatan anda ataupun dapatkan terus di Pandamart.


Jika pembelian dilakukan di Pandamart, anda akan menerima pesanan anda dalam durasi masa sekitar 30 minit sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan hidangan aiskrim yang segar untuk sajian tengahari dan malam anda. Malah, anda juga boleh menyimpan stok tambahan untuk kegunaan pada hari yang lain. Selamat membeli!