Bagi peminat minuman Tealive, jenama minuman teh mutiara ini telah melancarkan siri minuman baharu iaitu Tealive Onde-Onde.
Minuman klasik ini menampilkan kepingan kelapa bakar bersama-sama dengan biji mutiara diatasnya. Dipadankan sekali dengan air berperisa pandan dan juga pemanis gula melaka, pastinya ia mengingatkan kepada anda kuih tradisional pilihan ramai iaitu kuih gula melaka atau lebih dikenali sebagai kuih onde-onde.
Bagi anda yang menggemari kuih onde-onde ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba menu terbaru daripada Tealive. Kongsikan pengalaman mencuba Tealive Onde Onde anda bersama pembaca Tajria bermula hari ini.
Untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pesanan di aplikasi Grab Food dan Food Panda pada harga RM14.90. Berikut adalah pilihan menu yang ditawarkan:
- Iced Onde-Onde with Toated Coconut Crunch & Pearls – RM14.90
- Onde-Onde Smoothies with Toated Coconut Crunch & Pearls – RM16.90
- Onde-Onde Yam Balls Smoothies – RM16.90