Jangan ketinggalan tawaran tempoh terhad, Nando’s Malaysia kini memperluaskan penawaran menu ayam mereka menerusi pengenalan ayam Peri-PERi Chicken Chop.

Sebelum ini, jenama makanan ini sedia menawarkan pilihan ayam sama ada bahagian paha dan juga kepak bersama-sama dengan hidangan tambahan yang lain. Namun atas permintaan ramai, Nando’s nampaknya mula menawarkan bahagian paha yang ditambah-baik iaitu chicken chop.


Melalui penawaran ini, penggemar ayam Nando’s selepas ini boleh menikmati bahagian paha ayam yang lebih lembut dna berjus tanpa perlu risau akan kesukaran untuk membuang tulang sewaktu menjamu hidangan. Dipadankan lagi dengan sos istimewa Nando’s, pastinya ayam panggang Peri-PERi Chicken Chop ini menjadi pilihan yang paling sempurna untuk sajian bersama keluarga.


Bagi anda yang ingin mencuba menu ini, Peri-PERi Chicken Chop boleh dinikmati bersama satu atau dua hidangan tambahan sama ada nasi Mediterranean, kentang goreng ataupun salad pada harga RM24.90 dan RM27.90.

Harus diingatkan sekali lagi, menu Peri-PERi Chicken Chop ini ditawarkan untuk tempoh yang terhad dan ianya sudah boleh mula didapatkan do semua kedai Nando’s di seluruh negara sama ada pesanan secara atas-talian ataupun makan terus di kedai.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan Melalui Aplikasi Nando’s App?

  1. Muat turun aplikasi Nando’s Malaysia di Play Store atau App Store. Atau anda juga boleh melayari laman rasmi Nando’s Malaysia.
  2. Kemudian, daftar akaun anda untuk meneruskan pesanan.
  3. Setelah selesai, pilih tab ‘Order’ dan pilih sama ada ‘Dine-In’, ‘Take Away’ atau ‘Delivery’. 
  4. Jika anda memilih Delivery, anda boleh membuat pesanan sama ada di Grab Food atau FoodPanda, dan kemudian pesan seperti biasa.
  5. Namun jika anda memilih Take Away dan Dine-In, anda dikehendaki untuk memilih rangkaian kedai berdekatan anda dan kemudian mula membuat pesanan.

Untuk setiap pendaftaran akaun baru, Nando’s akan menawarkan kepada anda ganjaran menarik selain membenarkan anda untuk mengumpulkan mata kesetiaan yang membolehkan anda menebus 1/4 ayam Nando’s secara percuma.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai semua perkara Nando’s PERi-PERi, lawati laman rasmi Nando’s atau platform media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter @nandosmy.