Carian
Koleksi Musim Luruh 2021 Khoon Hooi, The Cosmos Membawakan Gaun Futuristik Bertemakan Angkasa
September 1, 2021 Lina Rosli

Menerusi koleksi terbaru daripada Khoon Hooi yang dibertemakan The Cosmos, jenama ini membawakan rekaan terbaru untuk pakaian yang lebih feminin namun membawakan imej yang lebih futuristik dan glamor.


Diinspirasikan daripada idea untuk memulakan perjalanan angkasa dengan rasa optimis dan ingin lari dari pandemi hitam, sentuhan untuk musim luruh ini dilihat membawakan kepada umum imaginasi seakan filem sci-fi.

Ia dilihat hadir dengan mainan warna seakaan diangkasa iaitu putih, biru, hijau, kuning dan banyak lagi yang menjadikan koleksi pakaian ini tampil sempurna dalam pelbagai acara dan juga gaya yang ingin dibawa oleh si pemakai.


4 Koleksi Utama Yang Ditampilkan

Untuk pengetahuan anda, koleksi musim luruh 2021 Khoon Hooi ini memfokuskan kepada pilihan pakaian berasaskan gaun. Bagi menampilkan imej futuristik, kesemua koleksi ini hadir dengan gabungan dua warna dan manik-manik seperti galaksi dan juga kilauan yang disesuaikan dengan palet warna seakan kosmik pada waktu senja hingga tengah malam.


Gaun Maia

Gaun ini hadir dengan bahagian lengan yang besar dan juga potongan skirt yang labuh. Ia juga dilengkapi dengan tali pinggang beludru ganda pada bahagian tengah.

Gaun Luna

Gaun ini sesuai digayakan untuk majlis makan malam. Ia menampilkan rekaan cape tanpa lengan yang berkilat selain diserlahkan dengan hiasan kristal berkilau dan pin riben hitam seperti komet.

Gaun Ophelia

Gaun strapless ini dilengkapi dengan kain brokat warna-warni dengan perincian ruffle pada korset dan juga dihiasi dengan keunikan bahagian lengan dan juga skirt yang kembang.

Gaun Gaia

Gaun futuristik Gaia pula disediakan dengan gaya lipatan kreatif pada sisi kiri dan kanan pinggang selain disempurnakan dengan tali pinggang berlian pada bahagian tengah pakaian.

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut mengenai koleksi musim luruh 2021 dari Khoon Hooi, anda boleh layari laman rasmi Khoon Hooi.

Komen