Carian
Petua Penjagaan Kulit Untuk Petugas Barisan Hadapan – Selepas Penggunaan PPE Pada Tempoh Panjang
September 1, 2021 Dr Lim Ing Kien

Sektor kesihatan kini sedia dibanjiri dengan beban kerja dan tekanan yang besar untuk menjaga keselamatan negara kita. Lebih-lebih lagi dengan lambakan jumlah kes COVID-19 harian yang terus meningkat di Malaysia sejak akhir tahun 2020 lagi.

Para petugas barisan hadapan termasuk pekerja kesihatan di hospital di seluruh negara bekerja sepanjang masa untuk merawat pesakit COVID-19 selain turut bertungkus-lumus dalam menjayakan program vaksinasi yang giat diedarkan kepada seluruh penduduk Malaysia.


Untuk melindungi diri mereka dan pesakit lain dari virus, para hero negara kita menghabiskan masa selama berjam-jam memakai Peralatan Pelindung Diri (PPE) yang tidak selesa bagi menghidari diri dari turut dijangkiti. Sudah tentu ia bukan suatu pengalaman yang baik lebih-lebih lagi memakai PPE dalam cuaca panas dan lembap.

Seperti yang banyak tular di media sosial dan juga platform yang lain, anda pastinya mengetahui akan kesukaran bergerak dan bekerja menggunakan PPE. Ia bukan sahaja mengehadkan penafasan, malah turut menyebabkan dehidrasi, kurang tidur dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kemerosotan kesejahteraan mental dan fizikal.


Sebagai ahli profesional dalam bidang perubatan, saya sendiri yang berpengalaman lebih dari 13 tahun dan sangat menyedari tekanan yang dihadapi oleh doktor dan pekerja kesihatan lain pada hari biasa. Sekarang dengan wabak ini, keadaan menjadi lebih teruk. Saya sendiri pernah melihat rakan dan keluarga bergelut dengan keletihan, kesakitan fizikal, penyakit, kemurungan dan banyak lagi.

Syukurlah, sebagai pakar dermatologi, saya bersedia untuk membantu mereka dalam mengetengahkan kepentingan penjagaan kesihatan diri termasuk kulit. Hal ini kerana, jika tidak dijaga dengan baik, kulit yang tidak sihat akan ditumbuhi jerawat yang teruk sehingga boleh memberi kesan buruk terhadap kesejahteraan baik secara fizikal dan mental.

Kepentingan Penjagaan Kulit

Menghabiskan berjam-jam di bawah alat pelindung boleh memberi kesan buruk pada kulit dan menyebabkan ketidakselesaan lebih lanjut jika tidak diuruskan dengan baik.

Ini kerana kelembapan akan terperangkap di bawah topeng dan alat pelindung disebabkan oleh pernafasan dan peluh. Jika berlaku secara berterusan, ia akan meningkatkan kemungkinan pori-pori tersumbat, menyebabkan pengeluaran sebum dan bakteria yang cepat, serta penumpukan sel-sel kulit mati.

Ini adalah salah satu kesan sampingan jangka panjang untuk bekerja di PPE selama berjam-jam selama berbulan-bulan berturut-turut. Saya tahu beberapa orang, penjagaan kulit mungkin kelihatan seperti masalah remeh jika dibandingkan dengan risiko lain yang dihadapi oleh pekerja kesihatan kita setiap hari. Namun jika ia dibiarkan tanpa perubatan, kesan ini boleh memberikan keburukan pada tempoh yang akan datang.

Masalah Kulit Yang Berpotensi Dihadapi Kebanyakan Petugas Barisan Hadapan

Sebagai permulaan, kami telah memperhatikan peningkatan jerawat disebabkan oleh penggunaan pelitup muka yang berpanjangan sejak pandemik bermula pada bulan Mac 2020.

Maskne Pada Wajah

Fenomena ini dikenali sebagai jerawat atau maskne. Ini berlaku apabila liang-liang tersumbat disebabkan peluh, minyak atau lebihan alat solek. Kemudian, apabila memakai pelitup muka, ia biasanya akan  mengalami geseran, tekanan dan regangan pada wajah.

Jerawat yang terbentuk akibat dari maskne muncul sebagai pelbagai jenis jerawat yang berkemungkinan besar merangkumi gabungan pustula, papula, nodul, dan kista. Dalam kes tertentu, ia mungkin juga dermatitis perioral atau rosacea yang menyamar sebagai jerawat biasa. Gejala keadaan ini akan membentuk kemerahan atau lebam kecil.


Kulat Pada Kulit Badan

Selain dari masalah wajah, terdapat peningkatan kemungkinan jangkitan kulat badan kerana penggunaan PPE yang berpanjangan.

Ia sangat berisiko berlaku kerana Malaysia mempunyai tahap kelembapan yang tinggi sehingga boleh mengakibatkan berpeluh secara berlebihan.

Beberapa gejala jangkitan kulat badan termasuk kerengsaan, kulit bersisik, kemerahan, gatal, bengkak dan lepuh. Masalah penjagaan kulit jenis ini bukan sahaja tidak selesa tetapi juga boleh menyakitkan.

Penyelesaian Kepada Masalah

Untuk mengatasi masalah maskne, penting untuk membersihkan dan melembapkan kulit secara menyeluruh.

Sebaik sahaja menanggalkan pelitup muka dan alat pelindung anda, anda perlu basuh wajah anda dengan pembersih muka yang ringan dan lembut. Teruskan fokus untuk memperbaiki penghalang kulit anda dengan menggunakan pelembap berasaskan ceramide tanpa pewangi.

Penggunaan bahan yang tidak mengandungi bahan kimia yang keras adalah sangat penting untuk memastikan kulit dijaga dengan betul dan tidak akan menghasilkan sebum yang berlebihan selain dapat mengimbangi kekurangan kelembapan.


Kami sangat menyarankan penggunaan produk retinol (Vitamin A) setiap malam untuk mengurangkan maskne. Kami juga mencadangkan mencari sabun atau pembersih yang mengandungi Betaine Salicylate yang dapat mengurangkan jangkitan jerawat dan kulat pada wajah dan badan.

Bahan aktif adalah bahan yang mempunyai kesan langsung yang memperbaiki dan mencegah masalah kulit di masa depan. Oleh itu, penting untuk memahami masalah kulit yang dihadapi dan jenis bahan aktif apa yang akan membantu memperbaikinya.

Semasa membeli produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan aktif ini, penting juga untuk mengetahui peratusan atau jumlah yang terdapat dalam bekas untuk memastikan keberkesanan sepenuhnya.

Retinol misalnya, mempunyai kekuatan 1%, 0.5%, .0.3% dan 0.25%. Sekiranya peratusan kekuatan retinol tidak dinyatakan pada label, biasanya ini bermaksud kepekatannya lebih lemah daripada 0.25%, yang mungkin tidak memberi anda faedah sepenuhnya.

Kesan Cahaya Matahari Di Malaysia

Oleh kerana Malaysia menghadapi panas dan cahaya matahari yang tinggi hingga 40 darjah Celsius, ia amat penting untuk anda memakai produk yang melindungi dari sinaran UV yang teruk sama ada di luar dan di dalam rumah.

Anda perlu melatih diri unruk memakai pelindung matahari terutama ketika melangkah keluar dari rumah walaupun anda menyangka pelitup muka sudah memadai untuk melindungi kulit.

Hakikatnya, walaupun bahagian wajah itu tidak terkena cahaya matahari langsung, sinar UV masih dapat menembusi pelitup muka dan fabrik yang digunakan sebenarnya adalah nipis dan berpotensi membahayakan kulit.

Krim pelindung matahari tidak hanya mengurangkan risiko kanser, tetapi juga melambatkan tanda-tanda penuaan, mencegah perubahan warna kulit dan mengurangkan keradangan yang dapat memperburuk keadaan seperti rosacea.

Oleh kerana pekerja kesihatan kita mempertaruhkan nyawa dan anggota badan setiap hari untuk kita, harapan saya dengan adanya petua dan nasihat ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beberapa beban kecil dari kehidupan mereka.

Sebagai tanda terima kasih, Threebs.co memberikan 10% dari keseluruhan pembelian kepada semua barisan hadapan dengan kod diskaun FRONT10 semasa pembayaran.

Artikel ini dikongsikan oleh Dr Lim Ing Kien

Komen