Carian
Pek Libresse Edisi Terhad Yang Menampilkan Corak Kebaya Nyonya – Turut Hadir Dengan Tote Bag
September 1, 2021 Lina Rosli

Bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September ini, Libresse hadir dengan reka bentuk pek V-Kebaya yang unik. Corak kebaya ini direka khas untuk para wanita di Malaysia.

Sebelum ini, Libresse telahpun hadir dengan beberapa usaha dalam pendidikan berkenaan V-Zone dan pemerkasaan wanita. Jadi, dengan pengenalan rangkaian Edisi Terhad Libresse V-Kebaya yang baharu, ia dijangka dapat memberi keyakinan kepada para wanita melalui tafsiran moden mengenai cetakan Nyonya Kebaya.


Seperti yang anda tahu, masyarakat Peranakan atau Baba Nyonya adalah etnik yang menggabungkan budaya Melayu dan Cina. Baju kebaya yang rapi dan kemas ini muncul pada tahun 1920-an selain merupakan salah satu fesyen ikon yang Idisukai oleh banyak wanita Malaysia.

Pembalut Libresse V-Kebaya Edisi Terhad menawarkan ciri dan faedah produk yang sama seperti yang diketahui dan disukai pengguna Libresse. Ini termasuk SecureFitTM yang direka dengan bahagian depan dan belakang yang lebih lebar dan turut menampilkan Saluran Aliran Dalam (DFC) untuk penyerapan cepat. 

Bagi yang berminat, pembalut edisi terhad ini ditawarkan pada harga bermula RM6.60 dan boleh didapati di kedai runcit, termasuk farmasi dan pasar raya, di seluruh negara.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan beg tote V-Kebaya yang boleh digunakan semula dengan rekaan eksklusif untuk setiap pembelian Libresse V-Kebaya Unscented Pads Big Value Pack.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman rasmi Libresse atau ikuti Libresse di media sosial Facebook dan juga Instagram.

Komen