Carian
A&W Hadir Dengan Ayam Pedas – Ghost Pepper Aroma Chicken
September 2, 2021 Lina Rosli

Seperti yang anda ketahui, A&W Restaurants adalah rangkaian restoran makanan segera Amerika yang popular dengan penawaran root beer dan juga floats.

Untuk menu baru untuk September 2021 ini, A&W Malaysia nampaknya menawarkan hidangan ayam pedas berapi-api terbaru yang dinamakan Ghost Pepper Aroma Chicken.

Bagi anda yang menggemari makanan pedas, hidangan ayam terbaru daripada A&W ini menampilkan ketulan ayam rangup yang disaluti dengan sos lada Ghost Pepper yang pastinya membuatkan lidah anda terbakar.


Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke rangkaian kedai A&W Malaysia berdekatan anda, atau anda juga boleh memesannya melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda pada harga bermula RM21.90 untuk set kombo dua ketul ayam.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pesanan melalui Whatsapp bagi lokasi di sekitar Lembah Klang, Nilai, Seremban dan juga Melaka di talian +6011-1722 3000 bermula hari ini.


Komen