Bagi anda yang menggemari minuman dan makanan yang ditawarkan di FamilyMart, kini kedai serbaneka tersebut hadir dengan satu inisiatif baru yang memudahkan pembelian on-the-go untuk para pelanggan.


FamilyMart Mini ini adalah kiosk pintar yang dilihat menawarkan beberapa produk makanan dan minuman yang menarik, sama seperti yang turut ditawarkan di kedai berkenaan.



Antara makanan dan minuman yang boleh anda dapatkan di kiosk berkenaan termasuklah Onigiri, roti sandwic, pemanis mulut dan juga beberapa jenis minuman buah-buahan, teh dan juga kopi.

Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu risau akan transaksi pembayaran kerana tidak seperti mesin air yang lain, FamilyMart Mini ini menerima pembayaran melalui dompet digital seperti Touch ‘n Go eWallet, Boost, GrabPay dan juga Maybank QRPay. Malah, ia turut membenarkan pembayaran dilakukan menggunakan kad debit dan juga kad kredit. Menarik bukan?


Berdasarkan perkongsian yang dilakukan oleh FamilyMart, setakat ini FamilyMart Mini hanya ditawarkan di Shell Karak Highway 2 dan Shell Taman Connaught terlebih dahulu. Ia akan dibuka secara berperingkat di kawasan lain di seluruh Malaysia pada masa kelak. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mula mencubanya.