Carian
Mi ARONA Diperbuat 100% Bahan Semula Jadi, Jenama Terbaru Di Bawah QSRT
September 3, 2021 Lina Rosli

Mi ARONA adalah produk terbaru di bawah sayap QSRT. Ia adalah mi yang dikeringkan bagi tujuan penyimpanan yang tahan lama selain mudah disediakan untuk pelbagai jenis masakan mi.

Untuk pengetahuan anda QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) merupakan sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia. Di bawah QSRT terdapat pelbagai jenama lain termasuk Ayamas, Life, Kewpie, Amy, Lactima dan banyak lagi

Bercerita mengenai Mi ARONA lagi, mi diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi dan mengandungi 100% bahan semula jadi. Malah, produk ini juga merupakan mi yang diperbuat berasaskan sayuran.


Bagi anda yang menggemari tekstur mi yang lembut, kenyal dan berkualiti. Nampaknya Mi ARONA selepas ini sudah tentu akan menjadi pilihan yang terbaik untuk hidangan anda tidak kira sama ada makanan bergoreng ataupun berkuah.

Antara contoh hidangan yang boleh disediakan termasuk Mi Goreng, Mi Sup Tulang, Mi Kari, Mi Rebus, Laksa, Mi Krim Seafood dan banyak lagi.

Cara Masakan Dan Pengendalian Mi ARONA

Sama seperti kebanyakan mi di pasaran, Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi.

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Cara penyediaannya mudah sahaja:

  1. Sediakan kuantiti mi ARONA yang ingin di masak.
  2. Kemudian, rendam dan masakkannya dalam air panas sekitar masa 4 hingga 5 minit sahaja.
  3. Kemudian, buang air rebusan dan biarkan mi sejuk sebentar.
  4. Untuk hidangan bergoreng, anda boleh terus mencampurkan Mi ARONA yang telah dimasak ke dalam kuali.

Menurut pengeluar, tempoh jangka hayat mi ARONA adalah sekitar 18 bulan. Jadi, anda boleh menyimpan stok ini dan ia sedia untuk dinikmati pada bila-bila masa mengikut keinginan anda.  

Bagi yang berminat, Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza termasuk Original, Oat dan Labu. Sementara untuk harga jualan pula, ia dijual pada harga harga RM3.80 setiap paket (250g).


Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar pasar mini terpilih.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi ke laman web QSRT bermula hari ini!

Komen