Carian
Ketahui Jenis-Jenis Cuka Di Pasaran – Adakah Semua Cuka Halal?
September 3, 2021 Lina Rosli

Terdapat begitu banyak jenis cuka yang boleh didapati di pasaran. Segelintirnya digunakan sebagai bahan utama dalam masakan dan ada juga yang turut boleh digunakan sebagai agen pembersih.

Bukan itu sahaja, cuka adalah salah satu pelengkap masakan yang wajib ada di dapur. Rasa masam yang diperoleh dari cuka ini sangat penting demi menjaga keseimbangan rasa dalam beberapa makanan tertentu.

Terdapat dua kategori utama cuka iaitu cuka putih dan cuka suling. Perbezaan yang ketara antara kedua-dua cuka ini adalah cuka suling diproses dan dibersihkan lebih banyak berbanding cuka putih.

Selain itu, ada beberapa perbezaan dalam hal struktur, produksi, dan penggunaan kimia yang mana cuka putih adalah lebih berasid yang mana kandungan asidnya boleh mencapai sehingga 20%.


Apa Fungsi Cuka Suling?

Fungsi cuka adalah sebagai pengawet dan perasa.

Secara umumnya, cuka adalah gabungan asid asetik dan air yang dihasilkan menerusi proses penapaian dua langkah. Ianya kemudian akan diperam lagi selama beberapa minggu atau bulan sehingga ia betul-betul membentuk cuka.

Menurut FDA, kandungan cuka seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 4% asid asetik tetapi boleh mencapai hingga 8% pada cuka yang biasa digunakan.

Untuk pengetahuan anda juga, cuka mengandungi vitamin surih, garam mineral, asid amino, dan sebatian polifenolik yang mana apabila digabungkan ia memberikan rasa masam hingga gurih dan manis. Sebilangan cuka seperti balsamic, biasanya ia akan ditapai hingga boleh mencapai umur 25 tahun.

Selain digunakan di dalam makanan, asid adalah bahan pengawet utama yang digunakan oleh beberapa industri lain.


Jenis-Jenis Cuka Suling Di Pasaran

Terdapat empat jenis cuka yang sering dipakai di dalam industri termasuk:

Cuka Beras

Cuka ini terbuat dari anggur beras, cuka ini adalah salah satu bahan masakan utama yang digunakan oleh masyarakat Asia kerana ia menggunakan asam asetat yang rendah. Antara hidangan yang menggunakan cuka ini termasuk daging untuk pengasinan dan juga sos seperti tomato dan cili.

Cuka Balsamic

Cuka balsamic dibuat terus dari anggur dan tidak mengandung alkohol. Rasanya seimbang antara manis dan masam. Jika dibandingkan antara cuka lain, jenis ini adalah yang paling manis dan sangat sesuai untuk dijadikan penambah rasa untuk salad.

Manakala dari segi warnanya pula, ia kelihatan sedikit gelap dan kehitaman. Namun, teksturnya tidak likat dan cair seperti cuka biasa.

Cuka Sari Epal

Untuk cuka epal pula, ia menambahkan rasa masamyang ringan pada hidangan.

Bukan itu sahaja, kebanyakan individu menggemari amalan meletakkan cuka epal ke dalam masakan dan juga minuman. Hal ini kerana, cuka sari epal memberikan berbagai manfaat kesihatan terutama untuk kulit dan rambut.

Cuka ini terbuat dari sari epal dan memiliki warna kekuningan hingga kecoklatan. Ia juga sering digunakan untuk memasak hidangan non-vegetarian, oatmeal dan smoothies.


Cuka Anggur

Cuka anggur merah sedikit lebih pedas dan masam berbanidng cuka anggur putih. Cuka anggur sebagian besar digunakan untuk menyiapkan hidangan Eropah yang melibatkan hidangan seperti sayur, salad dan sos untuk perapan.

Adakah Semua Cuka Halal?

Menurut JAKIM, untuk cuka wain, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan tentang hukum pengambilannya.

Dan mereka memutuskan bahawa cuka wain adalah haram dan tidak boleh digunakan, diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar.

Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Mengulas lanjut, cuka dibuat dalam dua tahap proses penapaian berterusan atau serentak, iaitu ia melibatkan penukaran glukosa menjadi alkohol oleh Saccharomyces cereviceae dan kemudiannya proses ini akan bersambung dengan penukaran alkohol menjadi cuka oleh bakteria Acetobacter.

Tetapi jika, cuka yang dibuat tanpa melalui dua tahap penapaian dan terus diproses menjadi minuman, maka cuka jenis ini dibuat dari sebatian atau minuman beralkohol yang mempunyai kesan khamr atau mabuk.

Sumber: Science Direct Ihram ID

Komen