Sama seperti perkataan Tanah Merah, nampaknya jenama kecantikan Tanamera ini sememangnya hadir dengan keunikan dan kelasnya yang tersendiri. Hal ini kerana, Tanamera kini mula menapak satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkenalkan produk penjagan diri yang berasaskan tumbuhan semula jadi.


Menerusi bengkel Grow and Concoct Your Own Skincare Remedy yang telah dianjurkan secara maya baru-baru ini, Tanamera ingin berkongsi kepada semua lapisan masyarakat akan kejayaan dan pencapaian untuk tanda dagangan Vegan terbarunya pada penawaran produk mereka.


Tanamera kini diperakui oleh The Vegetarian Society of United Kingdom. Menurut pengasas jenama ini, mereka menyasarkan untuk memfokuskan kepada penggunaan bahan tropika semula jadi dan mentah. Melaluinya, ia membantu semua masyarakat dalam mencapai keseimbangan antara tradisional dan moden dalam menjalani kehidupan pada masa kini

Bukan itu sahaja, dengan perlaksanaan misi ini juga, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kekejaman terhadap haiwan dan ekosistem yang sedia terancam.


Bersama-sama dengan Tanamera, Eats, Shoots and Roots dan Rawsome turut hadir dengan visi dan nilai yang sama iaitu menawarkan produk yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan juga bahan semula jadi. Ia sekaligus bukan sekadar baik untuk persekitaran malah turut memberikan manfaat secara menyeluruh kepada tubuh dan juga kesihatan manusia.

Untuk menetahui maklumat lanjut, anda boleh kunjungi ke laman rasmi Tanamera bermula hari ini.