Bagi anda yang minat mengumpul cawan, termos dan juga botol-botol keluaran Starbucks sama ada keluaran edisi terhad mengikut musim dan sebagainya, kini pembelian barangan ini boleh dilakukan terus melalui kedai atas-talian Starbucks di Lazada iaitu LazMall.



Bukan itu sahaja, kedai Starbucks di LazMall ini juga membawakan beberapa pilihan kopi dalam botol dan tin yang boleh dibeli bersama-sama botol pilihan anda.

Jangan lupa juga untuk mendapatkan aksesor-aksesori tambahan seperti keychain, pengacau kopi (coffee stirrer) dan juga beberapa figura Starbucks sewaktu melakukan pembelian.


Pada bulan September ini juga, Starbucks membuat penawaran ganjaran dua kali ganda (2x ganda) untuk pembelian yang dilakukan melalui aplikasi mudah alih Starbucks. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menebus pelbagai tawaran menarik dari Starbucks pada bulan ini!