Ais dan juga pek panas kedua-duanya dikatakan mempunyai manfaat yang baik dalam mengurangkan dan meredakan rasa sakit pada bahagian tubuh yang tertentu.

Kegunaan terapi panas dilihat berfungsi dalam meningkatkan aliran darah dan peredarannya ke sekitra otot. Hal ini kerana ia dapat memberikan ruang yang secukupnya untuk darah mengalir ke semua bahagian badan.

Bukan itu sahaja, terapi panas juga dikatakan dapat melegakan ketidakselesaan dan merehatkan otot sekaligus mampu meningkatkan fleksibiliti otot.

Sementara pek ais atau terapi sejuk pula adalah kontra kepada terapi panas. Ia berfungsi bagi mengurangkan aliran darah ke otot. Dengan menggunakan kompres sejuk atau pek ais pada otot yang tegang, ia dapat mengurangkan keradangan dan juga bengkak dengan cara mengurangkan peredaran darah ke kawasan tersebut.


Berapa Lama Penggunaan Pek Ais Atau Pek Panas?

Secara umumnya, anda disarankan untuk menggunakan ais tidak lebih daripada 15 hingga 20 minit pada satu masa. Dan elakkan juga daripada tertidur dengan ais di kulit anda.

Sementara untuk pek panas pula, anda boleh menggunakannya selama 15 hingga 20 minit. Pastikan untuk kedua-dua penggunaan tidak menimbulkan rasa sakit dan menyebabkan luka bakar pada kulit anda.

Apakah Jenis Kesakitan Yang Patut Anda Guna Pek Ais Atau Pek Panas?

Menurut pakar, anda perlu mempertimbangkan penggunaan ais atau pek panas berdasarkan beberapa situasi seperti:

Rawatan Menggunakan Ais

Kecederaan akut atau kecedaraan teruk yang tiba-tiba

Jika anda mengalami kecederaan seperti ini, elak dari menggunakan haba pada anggota yang tercedera kerana haba tambahan dapat meningkatkan keradangan dan melambatkan penyembuhan.

Semasa menghadapi kecederaan, lebih baik memilih ais terutamanya jika kecederaan dan kesakitan secara mendadak. Haba dingin pada ais dapat menyekat saluran darah dan mengurangkan rasa sakit, melegakan keradangan dan mengelakkan penampakan lebam pada kulit.

Sekiranya anda berhadapan dengan kecederaan yang berlarutan iaitu sehingga lebih dari 6 minggu, maka tidak mengapa menggunakan haba. Aliran darah yang meningkat melonggarkan otot yang ketat dan melegakan sakit sendi.


Gout

Bagi anda yang mengalami Gout, adalah disarankan untuk meletakkan ais pada bahagian yang bengkak dan panas. Hal ini kerana, ais dapat menenangkan paras asid di bawah kulit dan juga membantu menghilangkan rasa sakit.

Sakit kepala

Untuk pengetahuan anda, ais dan mandian sejuk dapat menenangkan rasa sakit di kepala anda. Oleh itu, jika anda mengalami sakit kepala, ia adalah masa yang terbaik untuk anda membuat urutan muka dan mengurut lembut dengan cucian sejuk pada keseluruhan muka.

Tendinitis

Tendinitis adalah masalah keradangan yang menyebabkan kesakitan pada kawasan tendon, tisu penghubung antara otot dan tulang anda. Penyebab umum adalah aktiviti berulang sehingga tendon di siku, lutut, bahu, pinggul terasa membengkak dan sakit.

Jadi untuk menghilangkan rasa sakit, anda boleh menggunakan ais kerana kaedah dapat meredakan keradangan dan membantu menghilangkan rasa sakit.

Rawatan Menggunakan Pek Panas:

Ketegangan otot

Ketegangan otot dan keseleo biasanya mendapat keuntungan daripada gabungan kedua-dua ais dan panas ketika berlaku.

Namun, adalah lebih baik memulakannya dengan menggunakan ais untuk meredakan keradangan termasuk bengkak dan kemerahan. Kemudian, tukar kepada pek panas bagi membantu melegakan kekejangan otot di tempat kecederaan.


Artritis

Keradangan sendi atau sakit yang disebabkan oleh tulang rawan boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit pada siku, lutut, bahu dan jari anda.

Untuk keadaan seperti ini, haba yang panas adalah sangat membantu mengurangkan kekejangan dan kesakitan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan termasuklah rendaman di dalam tab mandi atau pancuran air suam tetapi tidak panas.

Namun, harus diingatkan bahawa sekiranya mana-mana keadaan ini tidak berkurangan dan menjadi lebih kompleks, pastikan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan anda untuk mendapatkan lebih banyak pilihan rawatan.

Sumber: Healthline Beaumont Hopkinsmedicine