Carian
Mari Dapatkan Aksesori, Item Fesyen Kawaii Di Tokyo Street Pavilion KL
September 6, 2021 Lina Rosli

Istilah comel dalam bahasa Jepun disebut Kawaii yang mana sering diguna di kebanyakan cerita atau internet bagi mengekspresi sifat comel tidak kira untuk sifat ataupun sesuatu barangan.

Diilhamkan oleh budaya kawaii Harajuku yang terkenal di Tokyo, kawasan Tokyo Street Pavilion KL adalah permata yang tersembunyi di dalam pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur iaitu Pavilion KL.


Tokyo Street ini hadir dengan pelbagai jenis vendor dan kiosk yang menjual aksesori kawaii yang paling unik. Ia membawakan sama ada item dan aksesori fesyen, tawaran makanan dan banyak lagi.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 kawasan Tokyo Street, kami berkongsi 10 pilihan aksesori teratas untuk menambahkan gaya Jepun dalam hidup anda!

Bomnal – Jom Dapatkan Aksesori Untuk Rambut Anda

Bagi anda yang gemar mengumpulkan aksesori kawaii untuk rambut anda, Bomnal adalah lokai yang paling penting untuk anda kunjungi jika anda tiba di Tokyo Street.

Ia menampilkan pelbagai jenis aksesori rambut yang boleh anda hiaskan pada rambut anda. Ia boleh menawarkan variasi imej yang anda perlukan bersesuaian dengan setiap acara atau majlis.

Untuk mendapatkannya anda boleh kunjungi Bomnal di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman media sosial rasminya di Instagram.


Bomnal – Pilihan Anting-Anting Yang Mempesonakan

Selain aksesori rambut, pastinya anda juga menginginkan sesuatu untuk telinga anda bukan?

Anda boleh mendapatkan bermaca-macam koleksi anting-anting yang menawan sesuai kelihatan sangat premium sewaktu memakainya. Berikut adalah beberapa pilihan anting-anting yang boleh anda beli bermula hari ini.

Untuk mendapatkannya anda boleh kunjungi Bomnal di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman media sosial rasminya di Instagram.


The Keys – Anting-Anting Klip Untuk Wanita Berhijab

Anda memakai hijab namun masih ingin kekal trendy dalam berfesyen? Jangan risau, terdapat juga pilihan anting-anting klip yang dijual di Tokyo Street supaya anda dapat menaikkan trend kawaii!

Kunjungi ke The Keys untuk mendapatkan koleksi yang menarik untuk fesyen harian anda. Tidak kira sama ada anda mencari anting-anting klip Guadatema yang comel atau jika anda mencari penampilan yang lebih moden dengan pilihan anting-anting kristal yang panjang.

Untuk mendapatkannya anda boleh kunjungi The Keys di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman rasminya The Keys untuk pembelian secara atas-talian.


The Keys -Dapatkan Rantai Minimal Untuk Pelengkap Fesyen

Mencari sesuatu yang anda boleh dipakai setiap hari? Rantai minimalis dan hypoallergenic dari The Keys adalah pilihan terbaik untuk semua lebih-lebih lagi jika anda memiliki kulit yang sensitif.

Untuk mendapatkannya anda boleh kunjungi The Keys di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman rasminya The Keys untuk pembelian secara atas-talian.


Minimalist Lab – Khusus Untuk Anda Yang Menggemari Gelang Tangan

Apa yang boleh lebih menarik daripada gelang comel? Di Minimalist Lab, ia menampilkan puluhan rekaan gelang tangan yang cantik dan ditawarkan pada harga yang murah.

Antara rekaan yang sangat digemari ramai adalah gelang tangan BREE Smiling Cloud Sterling Silver yang pastinya akan membuatkan anda tersenyum sewaktu memakainya.

Untuk pelbagai pilihan gelang tangan yang lain, anda boleh kunjungi Minimalist Lab di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman web Minimalist Lab untuk pembelian secara atas-talian.


Minimalist Lab – Cincin Dan Gelang Kaki Sebagai Pelengkap

Tidak lengkap fesyen anda tanpa hiasa di jari-jemari anda. Oleh itu, anda boleh dapatkan cincin emas chunky yang trendy untuk hasil yang menawan. Selain itu, anda juga boleh memilih gelang kaki yang bersesuaian untuk aksesori kaki anda juga!

Untuk pelbagai pilihan gelang tangan yang lain, anda boleh kunjungi Minimalist Lab di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman web Minimalist Lab untuk pembelian secara atas-talian.


Double U Case Studio – Dapatkan Set Pelindung Yang Kawaii Untuk MacBook Dan Telefon Mudah-Alih

Bagi anda yang meminati sarung tambahan untuk komputer riba, anda mungkin akan menyukai sarung MacBook di Double U Studio. Ia bukan sahaja dapatmelindungi MacBook anda dari kerosakan, malah ia turut hadir dengan corak yang diperibadikan.

Antara koleksi sarung MacBook yang menarik termasulkah koleksi sarung MacBook dari Demon Slayer eksklusif di Double U Case Studio. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih juga, aksesori utnuk telefon anda yang diinspirasikan dari anime Jepun seperti Godzilla, Slam Dunk, One Piece dan juga Totoro!

Untuk pelbagai koleksi sarung MacBook dan aksesori telefon, anda boleh kunjungi Double U Studio di aras 6, Pavilion KL. Anda juga boleh melayari laman web untuk pembelian secara atas-talian.


Bling Bling Paradise – Maksimakan Jumlah Bling Pada Kerangka Peranti Anda

Ketika memilih casing terbaik untuk telefon anda, ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Ia mesti dilindungi, praktikal untuk dipegang dan yang paling penting, ia mesti cukup bergaya untuk menjadikan selfie cermin anda lebih bergaya.

Lihat pilihan telefon bimbit Bedazzled Bling Bling Paradise untuk menambahkan seberapa maksima bling untuk telefon anda.


Menarik bukan? Anda boleh mendapatkan pelindung kerangka telefon mudah-alih yang bergaya ini di Bling Bling Paradise di aras 6, Pavilion KL. Kunjungi juga ke laman web Bling Bling Paradise bermula hari ini.

Komen