Ada yang mengatakan bahawa ia adalah snek yang berkhasiat dan sihat. Namun, ada juga yang lain turut menyatakan bahawa pengambilan buah kering sebenarnya sama seperti anda makan gula-gula.

Apa Itu Buah Kering?

Buah kering adalah buah yang yang dikeringkan dan dibuang hampir kesemua kandungan air melalui kaedah pengeringan.

Antara buah kering yang paling popular dalam kalangan masyarakat adalah kismis, kurma, prun dan juga aprikot.

Terdapat juga beberapa jenis buah kering yang lain. Ia dipasarkan kadang-kadang dalam bentuk gula-gula yang mana bersalut gula seperti mangga, nanas, pisang dan epal.


Buah kering yang telah diawet biasanya akan tahan lebih lama berbanding buah segar dan boleh menjadi makanan ringan yang berguna, terutama jika anda ingin mengembara dan bergerak untuk perjalanan jauh.

Adakah Buah Kering Berkhasiat?

Secara ringkasnya, ya.

Untuk pengetahuan anda, satu bahagian buah kering mengandungi jumlah nutrien yang hampir sama dengan buah segar, tetapi dipadatkan dalam bungkusan yang jauh lebih kecil.

Buah kering mengandungi sehingga 3.5 kali ganda serat, vitamin dan mineral buah segar.

Selain itu, buah kering adalah sumber serat yang sangat kaya dengan antioksidan, terutama polifenol. Walau bagaimanapun, manfaat kesihatan yang terkandung dalam buah kering bergantung pada jenis buah yang anda makan.


Sebagai contoh, kismis dikatakan baik untuk jantung dan juga mampu memberikan tenaga dan mencegah anemia.

Sementara aprikot pula sangat baik dalam meningkatkan kesihatan mata. Lutein membantu menyokong kesihatan retina dan lensa, sementara karotenoid dan vitamin E menyokong penglihatan keseluruhan. Nutrien aprikot juga membantu mengurangkan risiko degenerasi makula dan katarak.

Apakah Kelemahan Makan Buah Kering?

Oleh sebab, buah-buahan kering telah dikeluarkan airnya dan hadir dalam bungkusan kecil dan padat, maka ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi.

Jika anda mengambil buah kering terlalu banyak dalam satu masa, ia dapat dengan cepat menyebabkan peningkatan gula dan pengambilan kalori, dan seterusnya, kenaikan berat badan.

Apabila kandungan air buah yang banyak diekstrak, keseluruhannya buah akan mengecilkan sekaligus menjadi seukuran gigitan yang boleh menyebabkan anda tidak sedar telah mengambil terlalu banyak gigit dalam satu masa.

Malah, buah kering juga hadir dengan kandungan serat yang tinggi yang boleh mengakibatkan GI mengalami masalah kembung, gas, dan cirit-birit.


Cara Terbaik Mengamalkan Pengambilan Buah Kering

Antara cadangan yang baik sewaktu mengambil buah kering adalah dengan memotong potongan buah kering kepada saiz yang lebih kecil, dan mencampurkannya dengan kacang atau salad.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkan buah kering ke dalam minuman anda dan nikmatinya pada setiap pagi sewaktu sarapan.

Jangan lupa untuk baca label pemakanan untuk menentukan ukuran bahagian yang betul dan baca ramuan untuk memastikan anda mengelakkan gula dan pengawet tambahan yang tidak perlu.