Memilih tempat untuk berkunjung kini sudah menjadi suatu perkara yang agak rumit untuk dilakukan lebih-lebih lagi semenjak Covid-19 melanda. Ia bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga kekal terjamin ketika berada di luar.

Oleh itu, merancang sesuatu perjalanan amatlah penting. Anda perlu mengetahui lokasi tersebut selamat selain memeriksa juga sama ada pekerja semua telah divaksinasi atau sebaliknya.

Bagi memastikan anda memperolehi pengalaman yang menarik sepanjang anda menginap di hartanah OYO, nampaknya syarikat ini telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri pelancongan dan hospitaliti.


Berikutan kebenaran aktiviti-aktiviti pelancongan domestik telah dikeluarkan bagi individu yang lengkap menerima vaksin di negeri-negeri yang telah mencapai sekurang-kurangnya Fasa Kedua PPN, OYO terus menerajui usaha supaya kesemua kakitangan industri hospitaliti dapat menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Setakat ini, 101 hartanah telah menyertai VaccinAid di Malaysia, dengan lebih banyak pihak dijangka akan menyertai inisiatif ini memandangkan kadar vaksinasi rakyat negara ini juga kian meningkat.

Menerusi VaccinAid, pengguna aplikasi OYO dapat mengetahui hotel-hotel yang mempunyai kakitangan yang telah divaksin, sama ada dos pertama mahupun kedua, ketika mereka sedang menilai pilihan penginapan semasa membuat tempahan. 

Selain di Malaysia, OYO turut mengembangkan penawaran VaccinAid di  negara-negara yang mempunyai cawangan mereka. Berdasarkan data yang dikongsikan, ia  menyaksikan peningkatan pesat dalam kadar tempahan di sebarang lokasi yang mana sekurang-kurangnya 40% daripada populasi telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi OYO untuk mengetahui tawaran-tawaran yang disediakan oleh OYO.