Jenama Converse baru-baru ini hadir dengan kolaborasi bersama Sneakers Spa bagi mengajak komuniti belia dalam menggunakan kreativiti bagi memperkasakan kelestarian.
Menerusi kolaborasi ini, Converse dan Sneakers Spa mengumpulkan Malaysian All Stars untuk menggunakan Chuck Taylors sebagai kanvas bagi menunjukkan hasil kreatif dan mengubahnya menjadi suatu produk yang baru.
Untuk pengetahuan anda, Sneakers Spa merupakan penyedia perkhidmatan pembersihan dan pemulihan kasut tempatan. Di dalam usaha bersama ini, Sneakers Spa menghasilkan video mengenai cara bagaimana komuniti dapat membersihkan sepasang Chuck Taylor kegemaran mereka dengan lebih mudah.

Selari dengan trend industri fesyen yang kini mula memberikan fokus kepada produk lestari, nampaknya langkah yang diambil oleh Converse dan juga Sneakers Spa sedikit sebanyak boleh mengubah persepsi belia dalam berbelanja.
Di Sneakers Spa, dengan teknik dan juga kaedah rawatan yang tepat, anda dapat menjadikan kasut anda kelihatan baru sekaligus dapat menghilangkan keperluan untuk membeli sepasang kasut yang baru.

Bagaimana Cara Untuk Mengubah Kasut Lama Kepada Imej Baharu?
Menerusi bengkel atas-talian yang dianjurkan Converse dan Sneakers Spa, ia menunjukkan cara-cara bagaimana memperibadikan kasut mereka menggunakan cat yang dibuat dari bahan semula jadi:
Bahan-bahan yang diperlukan
- Telur
- Minyak biji rami
- Air
- Serbuk berwarna seperti cili, kunyit, matcha
- Pemukul
- Mangkuk
- Berus cat
- Tuala Kertas
- Jubin atau cermin atau pinggan
Cara Penyediaan:
- Pecahkan telur dan asingkan kuning telur dari putih telur.
- Letakkan kuning telur ke dalam mangkuk dan mula memukulnya sehingga sekata.
- Kemudian, masukkan minyak biji rami ke dalam mangkuk perlahan.
- Selepas menambahkan minyak, pukul telur sehingga mencapai ketebalan dan berkrim.
- Letakkan campuran telur dan minyak ke atas jubin menggunakan spatula secara rata.
- Tuangkan serbuk pewarna yang diinginkan ke jubin seramik dan campurkan menggunakan spatula sehingga warna menjadi sebati
- Masukkan sedikit air ke dalam campuran dengan lembut tetapi teliti.
- Jikalau warna sudah sekata, maka cat semula jadi anda sedia untuk digunakan.
Bagi anda yang telah mencuba, cara dan langkah di atas, anda boleh kongsikan ciptaan anda sendiri dan tag @converse_my_ dan jangan lupa untuk letakkan tagar #RenewLabs di Instagram.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat laman web rasmi Converse Malaysia ataupun kunjungi ke Instagram dan Facebook rasmi mereka.