Carian
Mengapa Sedu Berlaku? Benarkah Ia Berlaku Disebabkan Pertumbuhan Badan?
September 8, 2021 Lina Rosli

Pernahkah anda bangun dari tidur ataupun sewaktu selepas makan, anda mendapati anda mengalami sedu?

Pastinya apabila berlaku sedu, ia seolah-olah menarik seluruh badan anda ke atas sekaligus membuatkan anda berasa tidak selesa. Malah, selepas beberapa kali mengalami sedu, anda akan merasa seperti otot di dalam perut juga turut mengecut.

Apa Itu Sedu?

Bagi yang tidak mengetahui sedu (hiccups) adalah bunyi kecil yang pelik yang keluar dari mulut tanpa amaran.

Untuk pengetahuan anda juga, sedu adalah kontraksi di diafragma iaitu otot yang memisahkan dada dari perut dan memainkan peranan penting dalam bernafas.

Di setiap penguncupan diikuti oleh penutupan pita suara anda secara tiba-tiba, yang menghasilkan bunyi khas yang kedengaran sepeti “hic”.

Bagi kebanyakan orang, sedu biasanya hanya berlangsung beberapa minit. Jarang, cegukan mungkin berterusan selama berbulan-bulan. Hal ini kerana, jika ia berlaku untuk tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan penurunan berat badan dan keletihan.


Bagaimana Sedu Berlaku?

Sebenarnya, untuk penyataan yang mengatakan apabila sedu, ia menandakan tumbesaran badan berlaku adalah tidak tepat.

Secara ringkasnya, sedu adalah refleks badan. Ia berlaku apabila berlakunya penguncupan diafragma secara tiba-tiba menyebabkan otot dada dan perut anda bergetar.

Sewaktu anda sedu, diafragma akan kerap naik dan turun bagi menyedut udara masuk ke paru-paru anda. Ia akan ada jeda masa selama 40-50 saat sebelum ia sekali lagi menarik udara masuk

Kemudian, glotis atau bahagian tekak pula akan bertindak balas yang mana mana ia akan menutup pita suara. Ini menimbulkan suara udara yang dikeluarkan dari paru-paru anda secara tidak disengaja.


Apakah Faktor Yang Menyebabkan Sedu?

Sedu boleh berlaku akibat daripada pelbagai keadaan badan dan emosi. Ia termasuk jika badan anda:

  • Makan dan minum terlalu cepat.
  • Minum minuman berkarbonat atau alkohol.
  • Makan terlalu banyak.
  • Mengalami tekanan termasuk ketakutan dan kegembiraan.
  • Perubahan suhu secara tiba-tiba.
  • Menelan udara sambil menghisap gula-gula.

Namun, ada juga keadaan berlaku disebabkan penyakit dan kesan daripada pengambilan ubat yang mana akan mengakibatkan keadaan sedu yang lebih lama dari biasa seperti:

  • Gangguan sistem saraf pusat
  • Strok
  • Meningitis
  • Kerengsaan saraf fagus dan phrenik
  • Refluks gastrousus
  • Penyakit ulser peptik
  • Asthma
  • Bronkitis
  • Pneumonia
  • Gangguan kardiovaskular
  • Pengambilan ubat penenang, steroid, bius

Berapa Lama Sedu Akan Berlaku – Cara Menghentikannya?

Masalah sedu biasanya bersifat sementara, tetapi dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh berlaku untuk tempoh yang lebih panjang untuk sementara waktu.

Jika sedu anda adalah jenis biasa, anda boleh menghentikan sedu dengan cara dan rawatan yang merangkumi:

  • Meneguk air dengan laju
  • Menelan roti atau sesuatu yang lembut supaya jika berlaku sedu, ia tidak menyebabkan anda tercekik.
  • Berkumur
  • Menahan nafas selama 10 hingga 20 saat
  • Bernafas ke dalam beg kertas

Sekiranya anda mengalami sedu lebih dari 2 hari, atau jika mereka cukup parah sehingga mengganggu makan, bernafas, tidur atau menyebabkan anda tertekan, anda harus membuat janji temu dengan doktor anda.

Selain itu, segera berjumpa doktor jika anda mengalami sakit perut, demam, sesak nafas, muntah atau batuk darah ketika anda sedu.

Sumber: Mayo Clinic Healthline clevelandclinic

Komen