Carian
Tebus Baucar Pulangan Tunai 40% Untuk Pembelian Di Rangkaian Guardian Menggunakan ShopeePay
September 8, 2021 Lina Rosli

Bagi anda yang sedang mencari-cari barang keperluan yang merangkumi produk kosmetik, penjagaan diri dan produk kesihatan, Guardian pasti ada segalanya.

Bukan itu sahaja, sehingga 30 September ini, Guardian Malaysia menawarkan baucar khas yang memberikan pulangan tinai 40% tanpa memerlukan sebarang pembelanjaan minima menggunakan ShopeePay.

Bagi yang berminat, anda boleh ikuti langkah dibawah untuk mula menebus pelbagai baucar menarik mulai hari ini!


Cara untuk menebus baucar Guardian:

  1. Muat turun aplikasi Shopee di kedai atas-talian App Store dan juga Play Store di peranti anda. 
  2. Kemudian, tekan tab ‘Deals Near Me’ dan pergi ke bahagian ‘ShopeePay Voucher’.
  3. Tekan ‘See More’ dan lakukan carian ‘Guardian’ pada bahagian atas halaman.
  4. Anda akan mendapat hasil carian dan boleh terus melakukan pembelian baucar pada harga RM0.01 sahaja!

Untuk menggunakannya:

  1. Anda perlu mengunjungi ke rangkaian farmasi Guardian berdekatan anda yang menerima atau menyokong pembayaran menggunakan ShopeePay.
  2. Sewaktu melakukan pembayaran, anda perlu memperlihatkan kod QR ShopeePay dan klik baucar yang telah anda beli pada bahagian tab ‘Voucher’.
  3. Akhir sekali, tunggu sehingga staf Guardian mengimbas kod QR anda.

Komen