Kenderaan Pelbagai Guna atau Multi-Purpose Vehicle (MPV) merupakan kenderaan yang paling praktikal bagi anda yang berkeluarga.

Nissan, Toyota, Perodua dan Proton merupakan antara jenama kereta MPV yang paling popular di Malaysia. Namun begitu, memiliki model MPV baharu boleh membebankan anda terutamanya jika anda sudah mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.


Jadi, sebagai alternatif, Carsome hari ini membawakan kepada anda 5 senarai atau model kereta MPV terpakai paling laris di Malaysia di bawah harga RM100k yang boleh anda pertimbangkan.

Nissan Serena

Nissan Serena tampil dalam dua varian iaitu Serena S-Hybrid Highway Star dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star.

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan kapasiti enjin dan ciri keselamatan yang sama kecuali model Premium yang didatangkan dengan warna dwitona, tempat duduk kulit dan beberapa aksesori tambahan lain.


MPV 7 tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1,977 CC dengan transmisi XTRONIC CVT. Ia berupaya menghasilkan kuasa sebanyak 147 Hp pada 6,000 RPM dan 200 Nm tork pada 4,400 RPM.

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) dan Sistem Audio Premium Clarion 6.75 inci.

Nissan Serena terpakai boleh didapati di pasaran pada harga sekitar RM70,000 hingga RM80,000 bagi model tahun 2015 hingga 2016.

Toyota Avanza

Toyota Avanza merupakan kereta MPV segmen B dengan 7 tempat duduk. Ia dijanakan oleh enjin DOHC VVT-i 1.5L empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 103 Hp pada 6,000 RPM dan 136 Nm tork pada 4,200 RPM.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan dan Sistem Suntikan Bahan Api (Fuel Injection System). Toyota Avanza didatangkan dengan 2 beg udara SRS untuk penumpang dan pemandu serta ciri-ciri keselamatan lain seperti ISOFIX, Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD).


Selain itu, bahagian dalaman model Avanza ini juga turut menampilkan pemain CD, MP3 dan USB dengan 6 pembesar suara. Model ini tampil dalam empat varian dengan empat pilihan warna – Dark Red Mica Metallic, White, Silver Metallic dan Black Metallic.

Toyota Avanza terpakai dijual di pasaran pada harga sekitar RM45,000 hingga RM75,000 bagi model tahun antara 2014 dan 2020.

Perodua Alza

Perodua Alza 1.5 merupakan antara MPV 7 tempat duduk terlaris di Malaysia. Kereta MPV kompak ini tampil dalam empat varian (1.5 AV, 1.5 SE, 1.5S AT, 1.5S MT) dengan transmisi automatik dan manual.

Ia turut menampilkan lima pilihan warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.


Dari segi prestasi, Perodua Alza dikuasakan oleh enjin 1,495 CC DOHC, Dual VVT-i 4 silinder. Enjin ini berupaya menghasilkan 76 kW kuasa pada 6,000 RPM dan 136 Nm tork pada 4,400 RPM. Varian Alza SE dan AV tampil dengan bumper hadapan dan belakang yang sporty, skirt sisi baharu serta rim aloi 15 inci.

Perodua Alza terpakai dijual di pasaran serendah RM31,500 bagi model 2013, sehingga RM53,500 bagi model 2019.

Proton Exora

Proton Exora dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder, 1.6L DOHC VVT dan transmisi CVT. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 138 Hp pada 5,000 RPM dan 205 Nm tork pada 4,000 RPM.

Model kereta ini boleh didapati dalam dua varian iaitu Executive dan Premium. Model Premium dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan termasuk Kamera Paparan Belakang, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Sistem Radio Paparan Skrin Sentuh 7 inci.


Ia turut menampilkan Lampu Pencahayaan Siang dan kit badan luaran termasuk skirt sisi, spoiler belakang dan bumbung berwarna hitam.Kesemua varian ini juga tampil dalam lima warna pilihan iaitu Rosewood Maroon, Ruby Red, Snow White, Indiana Grey dan Cocoa Grey.

Proton Exora boleh didapati pada harga serendah RM27,500 bagi model 2013, sehingga RM39,800 bagi model 2016.

Toyota Sienta

Toyota Sienta merupakan model MPV 7 tempat duduk yang dikuasakan oleh enjin Dual VVT-i 1.5L. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa sebanyak 105 Hp pada 6,000 RPM dan 140 Nm tork pada 4,200 RPM.

Ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan Sport Sequential Shiftmatic 7 kelajuan dan tampil hanya dalam satu varian. Model ini menawarkan 6 pilihan warna iaitu Orange Metallic, Quartz Brown Metallic, Super White II, Attitude Black Mica, Grey Metallic dan Silver Metallic.

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC) dan 3 beg udara SRS. Model yang mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Asean NCAP ini boleh didapati pada harga antara RM64,800 dan RM70,500 bagi model 2016.


Jika anda sedang mencari model kereta MPV terpakai seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dengan perkhidmatan yang cepat, pantas dan telus.

Semua kereta Carsome Certified didatangkan dengan Carsome Promise, yang menawarkan jaminan pemulangan wang lima hari, pemeriksaan 175-titik profesional, waranti satu tahun serta harga tetap tanpa caj tersembunyi. Malah, Carsome juga turut menyediakan penghantaran kereta idaman terus ke rumah anda.

Artikel ini adalah perkongsian daripada Carsome.my