Carian
Anak Yang Dilahirkan Di Luar Negara Oleh Ibu Malaysia Kini Berhak Mendapat Kewarganegaraan Malaysia
September 9, 2021 Lina Rosli

Sebelum ini, bagi anak yang pasangan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dan dilahirkan di negara luar dikatakan perlu mengikut kewarganegaraan bapa.

Hal ini kerana, ia bagi menjamin keselamatan selain turut ingin mengelakkan isu dwi kewarganegaraan dalam kalangan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia dengan suami asing.

Namun terkini, Mahkamah Tinggi pada hari ini (9 September 2021) telah memutuskan bahawa ibu-ibu Malaysia mempunyai hak untuk memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang lahir di luar negara, setara dengan lelaki Malaysia.


Selari dengan jaminan hak kewarganegaraan dan juga melarang diskriminasi terhadap jantina lelaki dan wanita, mahkamah juga telah memutuskan tertakluk di bawah Perkara 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan bahawa anak-anak yang dilahirkan di luar negara berhak mendapat kewarganegaraan dengan menjalankan undang-undang.

Untuk pengetahuan anda juga, sebelum pengumuman ini dilakukan, Perlembagaan Persekutuan hanya menjamin kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh lelaki Malaysia sahaja.

Sebaliknya untuk wanita pula, perkara ini tidak begitu jelas dan sekitar 40,000 permohonan telahpun dilakukan oleh wanita Malaysia untuk menuntut kewarganegaraan untuk anak-anak mereka pada tahun 2020.

Sumber: The Vibes

Komen