Carian
ZALORA X Impact – Menawarkan Program Untuk Individu Jana Komisen Sehingga 10% Tunai
September 10, 2021 Lina Rosli

ZALORA dengan kerjasama Impact kini hadir dengan satu pendekatan baharu yang membantu mengoptimumkan pendekatan pemasaran berpengaruh selain turut menawarkan model pendapatan berasaskan komisen kepada orang ramai yang berminat yang dinamakan ZALORA Community Influencer Program.


Menurut ZALORA, program ini dilancarkan untuk menyokong para individu untuk memperoleh dan menjana pendapatan melalui platform media sosial mereka.

Program Komuniti Pempengaruh ZALORA akan memberi komisen kepada individu atau pempengaruh yang telah berdaftar di laman rasmi Zalora apabila pembeli mengklik pautan rujukan unik mereka.

Bukan itu sahaja, individu juga boleh memilih sama ingin mendapat ganjaran sama ada dalam bentuk:

  • komisen pulangan tunai 15% 
  • atau, komisen tunai 10%

Dengan lebih daripada 3000 jenama yang telah ditampilkan di dalam pltaform ZALORA, anda boleh berpeluang untuk menyokong jenama kegemaran peribadi di samping menjana pendapatan melaluinya.

Tambah ZALORA lagi, dengan kerjasama dan penawaran teknologi dari Impact, ia telah memudahkan ZALORA untuk mengendalikan Program Komuniti Pempengaruh. Ia termasuk dari waktu mula merekrut dan mendapatkan pempengaruh baru, penawaran kontrak, pembayaran, pengesanan, pengoptimuman, perlindungan penipuan dan banyak lagi.


Program Komuniti Pempengaruh ZALORA terbuka untuk semua pelanggan ZALORA di seluruh pasaran. Pengguna hanya perlu mendaftar dengan akaun ZALORA yang sah dan mula berkongsi pautan rujukan melalui platform media sosial peribadi mereka untuk mula menjana pendapatan.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan mula mendaftar di Komuniti Pempengaruh ZALORA bermula hari ini.

Komen