Kebelakangan ini, diet berasaskan tumbuhan semakin popular. Namun, ia bukan sekadar gaya dan ikutan semata-mata. Malah, kajian sains turut menyokong kebaikan diet ini kerana ia memfokuskan pengambilan makanan penuh atau whole-food.

Untuk pengetahuan anda, diet berasaskan tumbuhan terdiri daripada makanan yang diperoleh daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, biji-bijian, dengan sedikit atau beberapa produk berasaskan haiwan tertentu seperti ikan, telur dan produk tenusu.

Jadi berikut adalah jenama makanan sedia makan (ready meal) yang berasaskan tumbuhan-tumbuhan yang boleh anda dapatkan hari ini:

Harvest Gourmet

Harvest Gourmet merupakan salah satu produk di bawah Nestle. Ia menghasilkan produk protein berasaskan tumbuhan untuk pasaran Asia sejak awal Januari 2021.

Menerusi Harvest Gourmet, ia menawarkan makanan bebas haiwan seperti pati daging, daging hancur, schnitzels, nuget dan banyak lagi. Kesemua produk dari Harvest Gourmet ini diperbuat dengan ramuan berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi seperti kacang soya, gandum, ubi bit, lobak merah, delima dan kismis hitam. 


Dengan penggunaan kesemua bahan ini, ia dapat menghasilan produk bebas daging yang mengandungi nilai protein yang tinggi serta sumber serat yang baik.

Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pembelian di pasaraya dan kedai runcit terpoilih di seluruh negara selain turut ditawarkan melalui laman atas talian:

Rawsome

Rawsome adalah syarikat makanan sihat yang pada awalnya hanya menjual puding biji chia dan variasi makanan yang sihat seperti smoothie dan jus buah yang sejuk.

Namun kini, ia telah hadir dengan pelbagai resipi dan lauk yang mudah dan senang untuk dimasak menerusi siri Vegan Ready To Eat Meal. Terdapat beberapa pilihan lauk yang boleh anda pilih termasuk Rendang, Pan Mee Topping, Stir Fry Thai Basil dan banyak lagi.


Bukan itu sahaja, terdapat juga pilihan makan yang boleh dipesan terus pada laman rasmi Rawsome seperti siri Signature Bowl, Wrap dan juga Sandwiches yang juga ditawarkan pada harga yang berpatutan.


First Pride

Jenama First Pride ini memfokuskan kepada penjualan daging proses. Kini, Tyson Foods iaitu syarikat kepada First Pride telah melancarkan produk berasaskan tumbuhan atau siri Hijau di Asia bermula dengan Malaysia.

Antara produk yang ditawarkan meliputi Bites, Nuggets dan Strip yang diperbuat daripada tumbuhan-tumbuhan. Melaluinya, ia menjadikan protein lebih mudah diakses dan berpatutan untuk lebih banyak orang di seluruh dunia.


Bagi anda yang ingin mendapatkan makanan dari jenama ini, ia boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit terpoilih di seluruh negara selain turut ditawarkan melalui laman atas talian:

Everbest

Everbest adalah syarikat dari Malaysia yang hadir dalam pembuatan dan pengedaran produk makanan berasaskan soya yang merangkumi rangkaian produk kacang curd, yuba dan vegetarian.

Jenama ini telah berjaya menghasilkan produk kacang soya yang paling sihat dan inovatif dengan kualiti tertinggi. Yang terbaru, Everbest turut menawarkan makanan seperti Ring Roll yang mana anda boleh menikmatinya bersama hidangan mi yang mana ia lebih mudah dan berkhasiat.

Dengan adanya beberapa produk berasaskan tumbuh-tumbuhan ini, ia sekaligus memberi lebih banyak akses kepada para individu vegan dan pengamal makanan sihat untuk mendapatkan lebih banyak variasi dan pilihan hidangan.

Malah, ia juga boleh menjadi alternatif kepada makanan sedia ada di pasaran yang mana sesuai untuk membekalkan komponen dan nutrien seperti fiber, protein, kalsium dan asid amino essential yang lengkap, sama seperti protein berasaskan daging.