Bempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini, MILO dengan kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021.
Ia membawakan konsep yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO bersama rakyat Malaysia. Apa yang menarik pada tahun ini, MILO telah hadir dengan suntikan nafas baharu untuk kempen ini melalui penawaran ciri Realiti Terimbuh (AR) pada tin MILO.

Bercakap mengenai MILO lagi, jenama ini telahpun hadir di pasaran sekitar 70 tahun. Ia menawarkan minuman dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga.
Untuk edisi 2021, MILO menampilkan dua rekaan tin MILO yang memperlihatkan kedai kegemaran ramia rakyat Malaysia iaitu Warung dan Kopitiam. Jika anda mengunjungi dua-dua tempat makan ini, pastinya menu MILO adalah antara yang paling kerap dipesan orang ramai.

Tambah MILO juga, jenama minuman ini telahpun memperkayakan budaya makanan Malaysia dan melalui kempen ini, ia diharap dapat memelihara warisan budaya kita.
Bagi anda yang telah mendapatkan tin MILO edisi terhad ini, pastinya anda telah menerokai kecanggihan teknologi yang ditampilkan bersama. Anda hanya perlu mengimbas kod QR pada tin, ia seterusnya akan membawa anda merasai pengalaman interaktif 3D dengan rekaan warung dan kopitiam tersebut.
Untuk mendapatkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 2021, anda kini boleh kunjungi ke pasaraya berdekatan anda. Selain itu juga, anda juga boleh mebuat pesanan secara atas talian menerusi laman edagang utama, selagi stok masih ada.