Fesyen vintaj baru-baru ini dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen masa kini. Ianya sering disuai pakai dengan beberapa item fesyen yang lain dan sekaligus dapat memberikan imej yang lebih klasik berbanding fesyen biasa.
Vintaj biasa digunakan untuk merujuk kepada gaya pakaian lama. Jikalau dalam industri fesyen, umur pakaian ini mestilah sekitar antara 20 tahun hingga 100 tahun yang lalu.
Ada juga yang menganggap gaya vintaj ini seakan sama dengan retro yang mana ia adalah sebuah fesyen yang ketinggalan zaman, namun ia digayakan semula pada masa kini.
Di Manakah Anda Boleh Mendapatkan Pakaian Vintaj?
Kebiasaannya pakaian vintaj ini boleh didapati di kedai Thrift di bandar-bandar tertentu.
Namun anda juga, yang turut menawarkannya menerusi penjualan but kereta dan kedai amal yang mana ia akan ditawarkan secara longgok dan memerlukan anda untuk memilih yang pakaian yang terbaik dan bersesuaian untuk anda. Walau bagaimanapun, sekarang telah banyak inisiatif dan jenama yang mula menawarkan pakaian vintaj ini melalui jualan atas talian.

Berbeza dengan kedai pakaian biasa yang menjual pakaian terpakai vintaj dan kontemporari pada harga yang murah, kedai pakaian vintaj atas-talian ini biasanya akan menjual pakaian yang belum pernah dipakai dan juga pakaiannya masih lagi mempunyai tag. Disebabkan itu juga, ada penjual yang akan menjualnya pada harga yang tinggi dengan sebab pakaian tersebut merupakan item rare dan sukar untuk didapatkan di mana-mana kedai.
Mengapa terdapat Segelintir Pakaian Vintaj Mahal?
Sebilangan besar kedai membersihkan setiap barang yang mereka beli, dan sudah tentu ia akan menambah kos dan masa sebelum ia mula dijual.
Malah, ia juga akan diselidiki dengan cara yang betul untuk memastikan tidak ada kerosakan apabila sampai ke tangan pelanggan. Ia juga bukan sekadar dicuci, ada pakaian vintaj yang akan ditambah butang baru, dijahit lapisan yang koyak dan dikilatkan semula permata yang telah lusuh agar ia kelihatan lebih menarik.
Segelintir kedai dan butik vintaj akan mendapatkan barang mereka dari negara lain, sama ada dari UK, Jepun, Korea dan sebagainya. Tidak dinafikan, untuk harga setiap item biasanya jauh lebih rendah, tetapi akan ada harga tambahan penghantaran barang.
Dengan segala proses ini, maka tidak hairanlah mengapa ia memberikan kesan yang besar pada harga jualan untuk kebanyakan pakaian vintaj di pasaran.

Peningkatan Trend Vintaj Menjadi Antara Sebab Ia Kini Dikategorikan Sebagai Item Mewah
Gelombang fesyen vintage yang semakin mendapat permintaan ramai menjadikan penawaran produk menjadi lebih terhad sekaligus memberi kesan kepada jualan pakaian.
Selain itu juga, kini boleh dilihat di media sosial juga, penggunaan item vintaj juga semakin meningkat dan banyak dipakai oleh model dan selebriti terkenal. Apabila berlaku sedemikian, rata-rata penjual akan merebut peluang untuk menawarkan produk tersebut pada harga yang lebih tinggi.
Namun, untuk kebanyakan pakaian vintaj yang mahal ini sebenarnya bergantung kepada jenama asalnya juga. Jika yang dijuala adalah kasut vintaj dari Nike ataupun gaun klasis dari Prada dan sebagainya, maka pastinya harga yang ditawarkan juga adalah lebih mahal daripada pakaian vintaj biasa.

Peningkatan trend pakaian vintaj juga boleh dikaitkan dengan kepekaan terhada isu kelestarian yang mana sekarang ini sudah menjadi fokus untuk kebanyakan jenama pakaian global.
Oleh sebab itu, bagi mengalakkan orang ramai untuk mula beralih ke arah kelestarian alam sekitar, maka akan lebih banyak pakaian vintaj yang akan digunakan kembali ataun disimpan sebelum umurnya mencampai syarat pakaian vintaj di pasaran.