Jika dibandingkan kulit pada bahagian tubuh yang lain, kulit bibir adalah lebih nipis dan halus. Tidak seperti kulit di bahagian lain, kulit pada bibir tidak mempunyai kelenjar minyak dan tidak dapat menghasilkan kelembapan secara sendiri.

Oleh sebab itu, anda mungkin mengalami gejala bibir kering dan merekah. Namun, terdapat juga perkara lain yang mungkin berlaku pada bibir anda yang mana ia dikatakan berkaitan dengan kesihatan tubuh.


Jadi, untuk mengetahui lanjut, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda 5 perkara atau 5 keadaan bibir yang mungkin dialami anda dan penting untuk anda ambil langkah penjagaan awal.

Sudut Bibir Merekah Atau Seakan Luka

Tidak dinafikan, mengalami rekahan di sudut mulut anda adalah perkara biasa. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan perkata ini termasuk keradangan bibir yang disebut acnitic cheilitis.

Keradangan ini berlaku disebabkan oleh bibir terdedah pada cahaya matahari yang kronik dan berterusan. Secara luaran, ia nampak seperti biasa, tetapi hakikatnya individu yang mengalami situasi ini akan sering merasakan tompokan kering dan bersisik yang tidak pernah sembuh walaupun menggunakan pelembap.

Faktor lain yang menyebabkan keradangan ini juga boleh merangkumi kekurangan zat makanan atau jangkitan kulat. Untuk kes yang lebih ringan, rekahan pada sudut mulut juga mungkin disebabkan oleh dehidrasi, badan berada dalam suhu sejuk selain turut berkaitan dengan emosi bimbang.

Jika masalah ini berlaku, anda boleh terus mendapatkan rawatan dari pakar dermatologi atau pakar yang berkaitan untuk menyelesaikannya.


Perubahan warna bibir

Sekiranya bibir anda berubah dari warna merah yang biasa menjadi merah jambu pucat, ini boleh menandakan kekurangan vitamin.

Menurut Johns Hopkins Medicine, warna pucat yang muncul secara mendadak boleh menjadi tanda anemia atau kekurangan zat besi. Hal ini kerana, sel darah anda tidak memiliki bahan yang diperlukan untuk membuat hemoglobin menjadikan aliran darah dalam badan kehilangan nutrien.

Secara ringkasnya, apabila anda mendpaati bibir berubah warna seperti:

  • Warna pucat atau tiada warna yang jelas, ia bermaksud darah beroksigen tidak sampai ke bibir. 
  • Sementara, bibir biru berkemungkinan disebabkan anemia atau juga penyakit jantung
  • Bibir kuning pula menyatakan bibir anda mempunyai masalah hati. 
  • Bibir mempunyai warna yang gelap mungkin dikaitkan dengan melanoma.

Tidak kira apa, perubahan warna bibir, masalah ini harus dibincangkan dengan doktor anda bagi mengenalpasti gejala lain. 

Bibir Membengkak

Jika anda mendapati bibir anda kelihatan seakan membengkak dan mengembang disebabkan oleh penggunaan kosmetik, maka anda perlu segera menukar produk tersebut kerana ia mungkin adalah reaksi alergi.

Perkara ini merujuk kepada satu kajian tahun 2018 mengenai pembengkakan bibir, ia mungkin merupakan gejala penting penyakit sistemik atau tempatan. Mulut menjadi bengkak disebabkan oleh bibir tidak sesuai menggunakan sesuati jenama lipstik, ubat gigi atau pencuci muka, dan anda harus menukar produk yang anda disyaki menyebabkan masalah tersebut.

Sekiranya bengkak tidak hilang, ia akan menghalang keupayaan anda untuk bernafas atau makan. Jadi, anda harus berjumpa doktor secepat mungkin.

Kulit Luar Bibir Seakan Berkedut

Kulit di bibir sememangnya sangat halus dan tiada pelindung yang khusus. Oleh itu, pendedahan kepada sinar ultraviolet matahari adalah penyebab utama penuaan pramatang dan ianya tidak berlaku di kulit muka sahaja, malah turut boleh terjadi pada kulit bibir.

Namun, kedutan bibir sering disebabkan oleh merokok. Merokok menghasilkan radikal bebas dalam badan, yang menyumbang kepada penuaan pramatang. Kemungkinan gerakan seret yang berulang dapat menyumbang kepada kedutan bibir.

Keadaan lain yang mencetuskan kedutan bibir juga berkaitan dengan minum melalui jerami atau ekspresi wajah yang berulang.

Kegatalan Dan Bibir Terasa Panas

Menurut dermatologi, kerengsaan atau kegatalan bibir boleh berlaku jika anda menjilat bibir dengan kerap. Ia sebenarnya berpunca dari air liur kerana ia boleh menyebabkan bibir kering, merah dan menjadi gatal.


Harus diingatkan kepada anda, sekiranya terdapat masalah kesihatan sama ada anda berasa tidak selesa atau sakit selama lebih dari beberapa hari serta gejala menjadi lebih teruk, pastikan anda segera bertemu doktor anda.

Bagi kebanyakan kes bibir kering, minum air tambahan dan menggunakan pelembab pada bibir, ia sudah cukup untuk membuatkan bibir anda kembali seperti biasa.

Sumber: Bustle Good House Keeping Healthline