Carian
Just Sear Menawarkan Produk Daging Pra-Masak – Seperti Tomahawk, Angus Short Ribs, Wagyu Jepun A5
September 14, 2021 Lina Rosli

Syarikat milik bumiputera Just Sear  menawarkan pelbagai produk baru dalam pasaran daging premium tempatan dengan mengeluarkan produk pra-masak berasaskan daging seperti stik, tomahawk, short ribs, briskets dan lain lain.

Apa yang menariknya, ia turut ditawarkan pada harga yang berpatutan. Melalui penawaran ini, pelanggan boleh mendapatkan terus pilihan daging yang digemari, dan ianya boleh terus dibakar dan mudah untuk dihidangkan.

Selari dengan visi Just Sear, pengenalan produk pra-masak ini adalah untuk mengeluarkan produk makan premium berasaskan daging yang dinikmati lebih ramai individu.


Berbeza dengan kebanyakan jualan daging stik premium di Malaysia, pastinya ia memerlukan kepakaran untuk menghidang dan menyediakan dengan sempurna. Disebabkan ia ditawarkan pada harga yang mahal, maka tidak hairanlah ramai yang lebih memilih untuk mendapatkan Angus Short Ribs, Wagyu Australia, Wagyu Jepun A5 dan stik Dry Aged di restoran-restoran mahal.

Apakah Yang Menarik Mengenai Daging Pra-Masak Just Sear?

Bercerita lebih lanjut mengenai daging pra-masak Just Sear, mereka bereksperimentasi dengan pelbagai cara penyediaan daging yang bersesuaian. Ia bagi mendapatkan hasil yang berkualiti namun pada harga yang lebih berbaloi.

Pelanggan yang membeli daging pra-masak ini hanya perlu nyahbekukan dan panggang daging tersebut selama 2 minit sama ada menggunakan kuali, grill, ketuhar, air fryer ataupun pencucuh api sahaja.

Seterusnya, ia boleh dihidangkan sama ada bersama-sama dengan sos barbeku yang dimasak sendiri ataupun hidangan bersama hidangan utama yang digemari.


Menurut Just Sear, mereka mendapatkan daging premium ini terus dari pengimport dan menjual terus kepada pelanggan di atas talian tanpa menggunakan ejen ataupun penjual semula (reseller).

Dengan cara ini, Just Sear dikatakan dapat mengurangkan kos dan penjimatan yang lebih tinggi berbanding kedai lain.

Bukan itu sahaja, syarikat ini turut melakukan kerjasama dengan pengimport dan pemilik ladang di Australia dan membuat kontrak membeli daging secara pukal untuk dipasarkan di Malaysia.


Sebelum Just Sear hadir dengan produk pra-masak ini, pada awal tahun 2021 mereka telah melancarkan produk yang dinamakan Wellington yang sedia untuk dibakar.

Apakah itu Wellington?

Wellington pertama kali disediakan ketika menyambut kemenangan Duke of Wellington, Arthur Wellesley, dalam peperangan Waterloo pada tanggal 18 Jun, 1815. Juadah daging yang di salut dengan pastri ini dinamakan bersempena sambutan tersebut.

Chef tersohor, Gordon Ramsay adalah penggemar tegar Wellington daging. Menurut beliau, Wellington daging adalah antara makanan yang paling diingini dan ia adalah hidangan popular di restoran beliau di serata dunia.


Selain dari stik dan Wellington, Just Sear turut menawarkan produk makanan tradisional Malaysia berasaskan daging premium seperti Rendang Wagyu, Popiah Wagyu, Satay Wagyu dan Samosa Wagyu.

Melaluinya, ia dijangka dapat menarik perhatian global di samping memperkenalkan pelbagai jenis produk daging premium atau eksotik yang lebih bercirikan produk tempatan kepada rakyat Malaysia.

Bagi mendapatkan produk-produk Just Sear, anda boleh kunjungi ke laman rasmi Just Sear bermula hari ini.

Komen