Uniqlo akan melancarkan koleksi Fall dan Winter 2021 menerusi siri UNIQLO x Theory. Ia merupakan kolaborasi dengan jenama fesyen kontemporari yang berpusat di New York, bagi menawarkan rekaan pakaian yang menampilkan ciri reka bentuk bandar yang bergaya.

Terdapat sembilan rekaan yang dibawakan di dalam koleksi ini yang mana ia merangkumi dunia gabungan dua warna utama iaitu hitam dan putih. Penggunaan warna ini dilihat bagi memberikan hasil dan gaya yang minimalis sesuai dengan penggunaan pada kebanyakan acara dan majlis.


Untuk koleksi Uniqlo x Theory ini juga, ia masih lagi menampilkan kepada pengguna bahan dan kain yang sesuai digunakan untuk pelbagai iklim yang berbeza. Dengan kehadiran fungsi dan rekaan berkualiti, pastinya koleksi ini membuatkan fesyen harian terasa lebih menyenangkan di samping memberikan keselesaan maksima.


Berikut adalah beberapa koleksi yang ditawarkan Uniqlo X Theory:

  • Wool Blend Coat – RM499.90
  • Pleated Wrap Skirt – RM249.90
  • Ultra Stretch DRY Sweatshirt – RM129.90
  • BLOCKTECH Coat – RM499.90

Bagi yang berminat, koleksi baru dari Uniqlo x Theory ini akan tersedia di kedai UNIQLO di Fahrenheit88 dan laman edagang Uniqlo mulai 24 September kelak.