Kebanyakan individu masa kini nampaknya sudah mula mengambil serius akan jenis-jenis bahan yang ditampilkan di dalam sesuatu produk. Tidak kira melibatakan makanan mahupun produk kecantikan, penggunaan bahan-bahan semula jadi dan dihasilkan dari tumbuhan-tumbuhan sudah seperti menjadi satu kriteria penting sebelum membuat pembelian.

Salah satu kelebihan produk penjagaan kulit vegan adalah, produk ini dikatakan lebih memberikan keselesaan pada kulit kerana ia mungkin menggunakan perengsa kimia yang lebih sedikit atau hampir tiada berbanding produk-produk biasa.


Malah, produk penjagaan kulit vegan juga menawarkan sumber antioksidan dan vitamin yang luar biasa yang dapat menghasilkan kulit yang kelihatan sihat dan segar.

DR. IRMA – Jenama Produk Penjagaan Kulit Tempatan Yang Memfokuskan Penggunaan Bahan Vegan Dan Halal.

Baru-baru ini, DR. IRMA telahpun melancarkan sebuah rangkaian produk penjagaan kulit premium iaitu Dermoseries – Perfecting Skincare.

Rangkaian terbaharu ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita daripada segenap lapisan umur dan jenis kulit, terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan menderita penyakit ekzema. 

Bagi yang tidak mengetahui, jenama ini diasaskan oleh seorang usahawan Bumiputera yang juga merupakan seorang doktor pergigian bertauliah, Dr Irma Shida Abu Samah.

Selari dengan penerapan kepentingan penggunaan bagan semula jadi, DR. IRMA mementingkan pemilihan bahan mentah dan pemprosesan yang patuh pada landasan Islam serta mesra alam sekaligus menjadikan produknya sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa keraguan. 

Mengulas berkenaan rangkaian Dermoseries terbaharu, ia hadir dengan satu set penjagaan kulit yang merangkumi pencuci muka dan pelembap 2 dalam 1 serta juga pelembab dan pelindung matahari 2 dalam 1.


2 Langkah Mudah Untuk Kulit yang Lebih Muda Dan Lebih Sihat Menerusi Dermoseries – Perfecting Skincare

Rejim penjagaan kulit yang sempurna tidak semestinya memerlukan 10 langkah rumit dan memakan masa untuk menunjukkan kesan, seperti yang dibuktikan oleh Dermoseries Perfecting Skincare.

Rangkaian Dermoseries didatangkan dalam set dua botol yang dinamakan Dermoklin dan Dermoscreen.

Dermoklin ialah pencuci muka dan pelembap 2 dalam 1 yang membantu mengurangi jerawat dengan membersihkan sisa mekap, kotoran dan sel-sel kulit mati yang jauh di dalam pori-pori dengan berkesan sambil mengekalkan lapisan pelindung kulit.

Manakala, Dermoscreen pula ialah pelembap dan pelindung matahari 2 dalam 1 yang membantu membaiki dan mengekalkan lapisan pelindung kulit, mengecilkan pori-pori serta melindungi kulit daripada sinaran mentari untuk kulit yang lebih cerah, halus dan mengelakkan penuaan pramatang.


Dermoseries Dilengkapi Ekstrak Soya Dan Kelapa Dara

Menerusi produk penjagaan kulit Dermoseries Perfecting Skincare juga, ia menggabungkan bahan-bahan semula jadi yang memberikan kelembapan, menganjalkan dan melembutkan kulit menggunakan ekstrak minyak kelapa dara dan biji soya. 

Ekstrak minyak kelapa dara menguatkan lapisan pelindung kulit sambil memberikan lembapan optimum supaya kulit kekal halus dan lembut. Manakala ekstrak soya membuatkan kulit tampak segar dan tidak berminyak serta mengawal tanda penuaan dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Gabungan kedua-dua bahan ini mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit. 

Bagi anda yang berminat, produk penjagaan kulit dari DR. IRMA ini boleh didapati di laman web rasmi DR. IRMA SHOP, pasaraya AEON seluruh Malaysia, Coop Farmasi dan juga Shopee MY.