Carian
Sambutan Hari Teh Tarik – Lipton Hadir Dengan Platform Luahan Hati
September 15, 2021 Lina Rosli

Teh Tarik dianggap sebagai sebahagian daripada budaya negara kita. Sama ada disediakan sewaktu perjumpaan keluarga, mahupun ketika berjumpa rakan-rakan di kedai makan untuk bersembang, pastinya hidangan teh tarik akan menjadi pilihan kebanyakan individu di Malaysia.

Tidak dinafikan, setiap hubungan telah dieratkan sambil menikmati secawan Teh Tarik. Namun, penguatkuasaan kawalan pergerakan yang berlanjutan di seluruh negara telah mengganggu sesi mengeteh rakyat Malaysia, memisahkan kita bukan sahaja daripada menikmati keenakan teh susu berkrim yang enak.


Pengenalan Platform Luahan Hati Lipton – Bersempenan Lipton Teh Tarik Day

Bertepatan dengan pilihan rakyat Malaysia, Lipton hadir dengan kempen ‘Sekuat Rasa Teh, Seerat Ikatan Kasih’ yang diadakan mulai 15 September ini. Bukan itu sahaja, Lipton turut menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Teh Tarik dengan mengembalikan semula hubungan erat yang telah dibina dengan perkongsian mesej-mesej unik di laman www.liptontehtarikday.com.

Melalui laman web Lipton Teh Tarik Day, anda hanya perlu menyatakan mesej yang ingin diluahkan dan Lipton akan menganimasikan mesej tersebut, meninggalkan pesanan kepada penerima. Bukan itu sahaja, anda juga menebus hadiah untuk dinikmati ketika meluangkan masa bersama-sama insan tersayang.

Bagi anda yang terpilih, Lipton akan memberikan dua set hadiah, iaitu satu buat pengirim dan satu pula akan diberikan kepada penerima mesej. Set hadiah berkenaan direka dengan kerjasama Stickerrific.

Menarik pada hadiah tersebut, anda akan melihat uncang teh Lipton yang dianyam dan memperlihatkan ilustrasi batik pada kotak set hadiah Hari Teh Tarik. Ia dilengkapi juga dengan cawan edisi khas oleh Lipton bersama pelbagai pilihan teh Lipton, termasuk Teh Tarik Milk Tea Latte 3 dalam 1.


Daftar dan cipta sebuah mesej peribadi dengan Lipton untuk dikongsi bersama insan tersayang! 

  • Langkah 1: Hantar butiran dan mesej peribadi anda di www.liptontehtarikday.com
  • Langkah 2: Setelas selesai menghantar mesej, anda akan melihat animasi mesej yang akan disediakan pada mesej anda.
  • Langkah 3: Satu pautan unik akan dihantar ke orang tersayang menerusi SMS
  • Langkah 4: Klik pada pautan yang diberikan dan mesej yang tercipta akan dipaparkan. 
  • Langkah 5: Penerima mesej istimewa itu diberi pilihan untuk memuat turun mesej berkenaan atau berkongsinya di media sosial.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, ikuti laman media sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram. Sementara jika and aingin mendpaatkan uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton dan Teh Tarik 3-1 Lipton, ia kini boleh dibeli di kebanyakan pasaraya di seluruh negara, serta secara atas-talian di Shopee dan Lazada.  

Komen