Bagi anda yang menggemari perisa Lotus Biscoff dan juga froyo dari Llaollao, maka jangan ketinggalan untuk mendapatkan menu edisi terhad pada 16 September 2021 sahaja.

Menu Lotus Biscoff Caramalised Biscuits ini telahpun ditawarkan di beberapa buah negara. Namun, ia belum lagi dijadikan sebagai menu tetap untuk pasraan Malaysia.


Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke rangkaian Llaollao berdekatan anda pada hari esok, yang ditawarkan secara eksklusif pada Hari Malaysia. Ataupun anda juga boleh membuat pesanan melalui aplikasi Grabfood dan juga Foodpanda.