QSR Brands nampaknya hadir dengan penawaran menarik sempena memberikan galakan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan vaksinasi.
Oleh itu bagi anda yang telah lengkap dua dos vaksin, KFC dan Pizza Hut menawarkan promosi beli satu percuma satu.

Berdasarkan poster yang dikongsikan, tawaran ini sah untuk pembelian ayam ataupun piza dan rangkaian makanan segera KFC dan Pizza Hut akan belanja anda pinggan kedua sama ada Snack Plate atau Regular Supreme.
Cara Menebus Snack Plate KFC Percuma
- Klik pautan ini dan anda perlu menunggu giliran anda.
- Setelah tiba giliran, anda akan terus dibawa ke laman rasmi KFC untuk log masuk.
- Kemudian, masukkan butiran peribadi dan juga muat-naik tangkapan skrin untuk sijil digital vaksinansi anda.
- Pilih juga servis yang ingin didapatkan; sama ada Self Collect atau Delivery.
- Hanya satu baucar sahaja akan diberikan untuk setiap pengguna.
Cara Menebus Regular Supreme Pizza Hut Percuma
- Daftar atau log masuk ke pautan Pizza Hut ini.
- Muat naik dan hantarkan tangkapan skrin sijil vaksinasi digital anda sebagai bukti dan Pizza Hut akan menghantar kod kupon diskaun melalui e-mel kepada anda.
- Log masuk ke laman web atau aplikasi Pizza Hut, kemudia klik halaman kupon atau masukkan kod promosi untuk mula menyesuaikan pizza anda.
Bagi yang berminat, anda boleh melakukan pembelian bermula hari ini. Promosi hanya tersedia sehingga stok masih ada!