Carian
Kekalkan Kehidratan Kulit Menerusi Fenty Skin Butta Drop Mini Whipped Oil Body Cream – Bebas Gluten, Vegan
September 17, 2021 Lina Rosli

Menghidrat dan melembapkan kulit merupakan antara langkah penting bagi mendapatkan kulit yang lembut dan sihat. Malah, ia juga dapat mengurangkan kemungkinan yang mana kulit anda mengalami masalah kulit kering atau berminyak sekaligus boleh mendorong kepada masalah kulit yang lebih teruk.

Jika anda lihat di pasaran, terdapat variasi jenis produk yang digunakan dalam memastikan kelembapan. Tidak ketinggalan, Fenty Beauty kini memperkenalkan pelembap badan yang dinamakan Butta Drop Mini Whipped Oil Body Cream dari Fenty Skin.


Krim badan ini kini hadir dengan pek yang lebih mesra perjalanan yang mana mempunyai saiz botol yang kecil. Butta Drop Mini Whipped Oil Body Cream adalah krim badan minyak dilengkapi dan diperkaya dengan minyak pelembap dan mentega. Ia memberikan penghidratan segera untuk kulit selain turut kekal lebih lama pada badan.

Menerusi produk ini juga, anda juga boleh mendapatkan campuran minyak tropis, mentega dan ekstrak minyak lain termasuk minyak tembikai Kalahari, minyak baobab, minyak bunga matahari, mentega shea dan gliserin. Hasilnya, kulit akan menjadi lebih halus dan tidak melekit.


Malah, seperti semua produk Fenty Skin yang lain, Butta Drop Mini Whipped Oil Body Cream dijamin bersih, vegan serta diformulasikan tanpa gluten dan dihadirkan dalam pembungkusan yang mesra alam sekitar.

Bagi yang meminati Fenty Skin Butta Drop Mini Whipped Oil Body Cream, ia ditawarkan pada harga RM92. Anda boleh mendapatkannya di kedai kecantikan Sephora Malaysia secara fizikal dan atas-talian di Sephora.my bermula hari ini.

Komen