Kembali buat pertama kalinya sejak 2018, Subway kini hadir dengan penawaran menu Spicy Buffalo Chicken Sub yang dikatakan hadir dengan bahan dan rasa yang lebih menyelerakan dan paling penting adalah lebih pedas berbanding yang sebelumnya.
Menurut Subway, hidangan Spicy Buffalo Chicken Sub ini diperkenalkan berdasarkan menu kegemaran Amerika klasik yang popular iaitu Chicken Buffalo Wings. Namun untuk edisi Subway, menu ini dikatakan hadir dengan sentuhan rasa tempatan.
Melengkapkannya adalah sos pedas yang disiram melapisi kepingan ayam panggang khas Subway yang mana ianya mewujudkan keseimbangan antara rasa dan rempah yang sempurna untuk setiap gigitan.
Subway Spicy Buffalo Chicken Sub turut membawakan kepingan selada, tomato, bawang, dan timun sesuai untuk anda yang menginginkan hidnagan yang lengkap untuk makan tengahari ataupun malam.
Bagi anda yang ingin mendapatkannya, jangan lupa untuk kunjungi rangkaian Subway Malaysia berdekatan anda dan pesan Subway Chicken Spicy Buffalo Chicken bermula hari ini sehingga 23 November 2021. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan pesanan melalui platform penghantaran GrabFood dan FoodPanda pada harga sekitar RM12.60 sahaja.