Air sememangnya sesuatu yang terpenting bagi semua bentuk hidupan, tetapi tahukah anda bahawa air juga merupakan elemen positif yang melambangkan peredaran, kebijaksanaan, kemurnian, keberuntungan, kekayaan dan banyak lagi maksud simbolik yang lain?
Menurut Dr. Masaru Emoto, seorang saintis Jepun yang mengkaji mengenai air, beliau mengatakan bahawa pemikiran, perasaan, kata-kata, idea, muzik dan juga nama mempengaruhi struktur molekul air dan boleh mendorong ke arah yang positif.
Oleh itu, ramai dalam kalangan individu yang cenderung untuk membina hiasan air bukan sahaja untuk menceriakan dan menampilkan rumah yang lebih berseri, malah ia juga dipasang bagi mengalirkan tenaga positif masuk ke rumah.

Kelebihan Memasang Hiasan Air Di Rumah
Di samping makna simbolik ini, pembinaan hiasan air juga semakin popular sejak kebelakangan ini oleh kerana faedah yang diberikannya. Salah satu fungsi hiasan air termasuklah sebagai sistem penyejukan yang cekap tenaga dan semula jadi untuk rumah. Tidak kita sama ada ia diletakkan di dalam atau di luar rumah, kawasan di mana hiasan air dibina akan mewujudkan suasana sejuk dan nyaman.
Bukan itu sahaja, penambahan hiasan air di rumah adalah satu pilihan yang bijak kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa terapi bunyi mampu menenangkan jiwa dan bunyi aliran air merupakan salah satu bunyi yang mampu meningkatkan daya perhatian seseorang.

Cara Pemilihan Kawasan Yang Sesuai Untuk Meletakkan Hiasan Air Di Rumah
Ramai yang mungkin inginkan hiasan air di kediaman mereka namun mungkin teragak-agak kerana pada anggapan umum, hiasan air hanya boleh dibina di luar rumah atau memerlukan kawasan tanah yang besar.
Sebaliknya, hiasan air boleh dimasukkan ke dalam rumah yang kecil seperti kondominium untuk mendatangkan aura alam yang menenangkan. Jadi tajria, ingin berkongsi kepada anda tips pemilihan kawasan yang sesuai untuk meletakkan hiasan air di rumah anda.

Ketahui Saiz Ruang Rumah Anda
Aspek pertama yang harus dipertimbangkan ketika memasang hiasan air adalah penggunaan hiasan air yang bersesuaian untuk saiz rumah.
Hal ini kerana pemilihan ukuran, reka bentuk dan bahan hiasan air bergantung pada lokasi yang dipilih. Kenal pasti ruang yang tidak terpakai di rumah anda, sama ada di sudut belakang, di bawah tangga, atau di atas meja untuk menyemarakkan suasana yang tenang tanpa perubahan yang terlalu besar yang mungkin mengganggu rutin harian anda.
Selain itu, untuk memastikan kebersihan air, pastikan anda mencari lokasi yang selamat dan mempunyai sumber elektrik supaya anda tidak perlu menarik kabel sambungan dengan terlalu panjang.

Pilih Hiasan Air Yang Bersesuaian Dengan Reka Bentuk Dalaman
Setelah mengenal pasti lokasi yang sesuai, anda boleh mula memilih hiasan air yang digemari. Terdapat pelbagai jenis hiasan air yang ditawarkan termasuklah:
- air pancut jenis dinding
- air yang mengalir di dinding
- air pancut jenis lantai
- air pancut yang boleh diletakkan di atas meja.
Sebagai contoh, jika rumah anda mempunyai ruang yang terhad, anda boleh menggantikan hiasan dinding seperti pokok atau bingkai gambar kepada dengan air pancut yang dipasang di dinding yang tidak akan mengambil ruang banyak.
Air pancut yang boleh diletakkan di atas meja adalah pilihan yang paling sesuai bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih kecil dan ia tidak memerlukan banyak usaha untuk menyelenggara. Ia juga lebih mudah untuk dipasangkan selain ditawarkan harga berpatutan berbanding pilihan lain.
Selain sebagai hiasan, hiasan air seperti dinding air dapat digunakan sebagai pembahagi ruang untuk memisahkan ruang di rumah dengan cara yang unik dan artistik.
Pilih Bahan Bersesuaian Untuk Hiasan Air Anda
Bagaimana anda mementingkan pemilihan perabot untuk diletakkan di rumah, begitu juga pentingnya untuk anda memilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda bagi menjamin keselamatan dan kemudahan penyelenggaraan.
Hiasan air biasanya diperbuat daripada bahan yang berat seperti porselin, batu, marmar, gentian kaca, seramik, logam dan lain-lain. Oleh itu, ianya penting untuk membuat pilihan yang sesuai dengan reka bentuk kediaman anda untuk memastikan keselamatan.
Sebaiknya berjumpalah dengan pakar atau penyedia perkhidmatan untuk menilai tahap keselamatan lokasi pilihan untuk memasang lekapan. Walaupun anda memilih hiasan air yang kecil untuk diletakkan di atas meja, pastikan meja anda cukup kukuh untuk menahan berat lekapan.

Penjagaan Kebersihan Di Kawasan Persekitaran Air
Bagi mereka yang memelihara ikan, makanan dan sisa yang dihasilkan akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk memastikan air mengalir secara berterusan, anda memerlukan pam bersesuaian untuk memastikan aliran air yang cantik dan lancar.
Malah, anda perlu mengambil kira keselamatan dan ketahan perabot dan kelengkapan yang berada berdekatan dengan hiasan air. Menurut Pengurus Pembangunan Serantau Waterco, Encik Koo Zao Cheong, pemasangan hiasan air bukanlah satu prosedur yang rumit dan mahal jika peralatan yang sesuai dipasang dengan betul pada awalnya.
Punca Masalah Yang Kerap Dialami Sewaktu Menggunakan Hiasan Air
Berdasarkan tinjauan Waterco, kebiasaannya orang mengalami masalah dengan hiasan air setelah jangka waktu tertentu yang mungkin berpunca daripada beberapa sebab seperti ketepatan pemilihan peralatan yang dipasang pada hiasan air mereka.
Contohnya, ukuran pam yang dipilih akan menentukan aliran air yang diingini. Jika anda memilih jenis yang salah, ia akan menyebabkan air memercik ke mana-mana dan menyebabkan pembaziran air.
Selain itu, segala yang berkaitan dengan air dan elektrik mesti dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, perlunya penyelidikan dilakukan dengan tepat sebelum ingin memiliki hiasan air yang baik untuk rumah.
Pastikan Penggunaan Ukuran Pam Yang Betul Dan Cekap Tenaga Dari Waterco
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda perlu memastikan aliran air yang baik dan masa pembersihan yang digunakan adalah singkat. Dengan menggunakan Waterco, anda boleh menikmati hasil pengepaman air yang berkualiti tinggi dan cekap tenaga.
Pilihan ini bukan sahaja dapat membantu menjaga persekitaran air untuk kekal sihat dan selamat, ia juga akan mengurangkan kos elektrik untuk penggunaan pam sepanjang hari.
Sama ada anda memilih air pancut berskala besar di halaman rumah atau lekapan kecil untuk diletakkan di atas meja, mulailah merancang untuk membawa suasana semula jadi dan menenangkan untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.