Lina Rosli Diterbitkan 20 September 2021

Dapatkan 5 Peralatan Dapur Yang Memudahkan Proses Masakan Anda

Jika anda lihat perkongsian di kebanyakan platform media sosial masa kini, pastinya terdapat beberapa peralatan dapur yang menarik perhatian anda yang mana bukan sahaja mempunyai rekaan dan juga warna yang menarik, tetapi juga sebenarnya hadir dengan fungsi yang dapat membantu memudahkan proses memasak harian.

Jangan risau, anda tidak perlu berbelanja secara besar-besaran untuk mendapatkan kesemua peralatan dapur ini kerana ia kini banyak dijual dan boleh didapatkan terus pada alamn edagang seperti Shopee dan juga Lazada.

Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada ada 5 peralatan dapur pilihan TAjria yang boleh anda dapatkan untuk dapur anda bermula hari ini. 

Botol Minyak Atau Bekas Penyembur Minyak

Set kombo ini membantu mengelakkan pembaziran kerana botol semburan atau bekas tuang minyak ini memungkinkan penuangan tanpa tumpahan selain mengelakkan anda menggunakan minyak pada kuantiti yang banyak.

Malah, ia juga sesuai untuk digunakan sewaktu proses panggangan sama ada menggunakan ketuhar ataupun air fryer. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan muncung yang tirus yang dapat membantu anda meletakkan kuantiti minyak yang diinginkan tanpa perlu mengangkat botol minyak yang besar.


Penapis Periuk

Kebiasaannya, colander atau penapis periuk ini digunakan untuk menyaring makanan seperti pasta atau membilas sayur-sayuran.

Sifat colander yang berlubang membolehkan cecair mengalir keluar sambil mengekalkan pepejal di dalamnya. Melaluinya, ia tidak memerlukan anda menapis dan mengangkat periuk ke mangkuk yang lain untuk menapis makanan seperti stok dan sos apa sahaja yang anda gunakan. 


Corong Silikon

Pembersihan dapur menjadi lebih mudah dengan set corong silikon bebas BPA ini. Ia terdapat dalam beberapa saiz yang biasanya boleh disesuai mengikut bekas dan permukaan.

Keduanya diperbuat dari silikon fleksibel dan berkualiti sesuai untuk menahan makanan atau air panas pada suhu sehingga 250 darjah Celsius. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meletakkan silikon ini pada sinki dapur sewaktu membasuh pinggan.


Pisau 2 Dalam 1

Menggunakan pisau 2 dalam 1, ia memudahkan anda untuk menggunting dan memotong sama ada salad, lobak, bawang dan lain-lain dengan lebih mudah menggunakan pisau ini.

Pada pandangan pertama, mereka kelihatan seperti gunting dapur biasa, tetapi gunting ini mempunyai pisau berganda yang tajam di atas dan tongkat melengkung di bahagian bawah. 

Pisau ini dilihat menjadikan salad lebih mudah untuk disediakan selain turut dapat menjimatkan masa dan menghasilkan bentuk potongan yang lebih kemas.


Pengisar Single-Serve

Pengisar ini jenis ini mempunyai saiz yang lebih kecil daripada pengisar biasa. Jadinya, ia sesuai untuk anda yang tidak mempunyai ahli rumah yang ramai. Disebabkan saiznya yang kecil, ia lebih mudah untuk digunakan dalam mempersiapkan bahan memasak seperti pes dan sos.

Malah, pengisar ini biasanya disertakan dengan penutup yang akan terdapat di cawan pengisar yang mana anda boleh membuat smoothie dan meminumnya semasa dalam perjalanan.


Berikut adalah lima jenis peralatan yang boleh anda dapatkan untuk rumah anda. Melaluinya, ia bukan sahaja memudahkan pengurusan dan penyimpanan barang di rumah, malah ia turut menjadikan pengalaman memasak anda menjadi lebih lancar dan pantas.