Lina Rosli Diterbitkan 21 September 2021

Tips Memakai Laneige Perfect Renew Youth Retinol Pada Wajah

Tahukah anda bahawa gelombang elektromagnetik yang keluar dari peranti mudah-alih dan gajet pintar kita boleh menyebabkan penuaan yang lebih pantas?

Ya benar, semakin banyak anda terdedah dengan cahaya biru yang dikeluarkan dari peranti ini, sebenarnya tanpa disedari ia telah memberikan tekanan pada kulit sekaligus menyebabkan penuaan pramatang.

Namun, dengan kemajuan teknologi dan penyelidikan, jenama penjagaan kulit Korea yang terkenal iaitu Laneige telah hadir dengan sebuah produk anti-penuaan yang baharu yang dinamakan Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face.


Apa Itu Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face?

Untuk pengetahuan anda, produk dibawah rangkaian Laneige Perfect Renew ini hadir dengan formulasi yang lebih baik dan bukan sekadar untuk mencegah kedutan, tetapi juga untuk meningkatkan kekuatan dan keanjalan kulit.

Antara bahan utama yang ditampilkan adalah:

  • Retinol 95% yang selamat digunakan serta dapat merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan jumlah kedutan dan liang pori.
  • 0% French Tripeptide tulen iaitu kompleks dari bahan 3 asid amino penting yang merangsang penghasilan prokolagen pada kulit untuk meningkatkan keanjalan dan mengangkat kulit.
  • Asid Hyaluronik 5D yang melengkapkan rangsangan kolagen untuk mencegah degradasi kolagen, membantu penyerapan retinol dan menggebukan kulit.

Tips Memakai Laneige Perfect Renew Youth Retinol

Di manakah penggunaan wajah yang bersesuaian untuk menggunakan Perfect Renew Youth Retinol?

Anda boleh sapukan Perfect Renew Youth Retinol ke 8 kawasan kedutan termasuk dahi, antara alis, bawah mata, kaki gagak dan sudut dalaman mata, kontur mulut, garis senyum, kerutan leher dan bidang lain yang menjadi perhatian.  


Cara Pemakaian Laneige Perfect Renew Youth Retinol :

Penggunaan Retinol ini perlu dipakai secara berperingkat dalam tempoh 3 minggu secara beransur-ansur mengikut kesesuaian kulit.

  1. Letakkan sedikit cecair Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face sekurang-kurangnya sebesar satu butir beras pada mana-mana bahagian kedutan di wajah anda.
  2. Anda disarankan untuk menggunakan Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face selepas memakai pelembap anda setiap malam sama ada secara bersilih ganti atau beberapa malam untuk selama seminggu.
  3. Kemudian, secara beransur-ansur tambahkan lebih banyak jumlah cecair Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face iaitu lebih banyak berbanding penggunan minggu yang pertama. Sapukannya setiap malam pada minggu kedua.
  4. Selepas tiga minggu penggunaan, barulah anda boleh menggunakan retinol setiap malam pada kuantiti sebesar saiz sebiji kacang di seluruh wajah seperti yang diperlukan. 

Langkah Keselamatan Sewaktu Penggunaan Retinol

Sewaktu penggunaan Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face juga, anda perlu mengelakkan penggunaan produk pengelupasan atau pembersih wajah yang mengandungi AHA atau BHA.

Bukan itu sahaja, elakkan juga memakai terapi LED semasa menggunakan retinol dan jangan gunakan segera jika anda baru pulih dari rawatan laser untuk mengelakkan kerengsaan.

Sebaiknya berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda telah menjalani rawatan muka profesional. Anda juga disarankan untuk memakai krim pelembap yang mengandungi bahan penenang dan pembaikan untuk hasil terbaik. 

The Perfect Renew Youth Retinol akan tersedia di butik atau kedai atas-talian Laneig Social Store mulai 24 September pada harga bermula RM185 sebotol. Ia turut menyediakan penghantaran rumah percuma di seluruh negara boleh didapati dengan menghubungi Laneige Beauty Advisors juga.

Pada 1 Oktober, Perfect Renew Youth Retinol juga akan dilancarkan secara rasmi di Laneige Official Online Store (laneige.my), Laneige Official Store di Lazada, Shopee, Zalora, Hermo dan GrabMart.