Carian
Promosi Khas Untuk Siri Samsung Galaxy Z Sehingga 31 Oktober 2021
September 21, 2021 Lina Rosli

Bersempena pelancaran secara rasmi untuk Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 pada 17 September lepas, jenama ini turut hadir dengan sebuah promosi khas untuk para penggemar peranti kedua-dua peranti ini.

Menurut Samsung Malaysia Electronics, bermula dari 22 September sehingga 31 Oktober 2021, anda boleh menerima ebaucar RM500 dan pelan Samsung Care + 1 tahun bernilai RM799 untuk pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G.

Sementara untuk pembelian Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula, anda boleh mendapatkan e-baucar RM350 dan pelan Samsung Care + 1 tahun yang bernilai RM699.


Bukan itu sahaja, bagi anda yang telah melakukan pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G juga, jenama ini turut menawarkan diskaun 30% untuk pembelian 3 aksesori terpilih mulai 14 September sehingga 30 November 2021.

Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia:

  • Samsung Galaxy Z Fold3 256GB – RM6,699
  • Samsung Galaxy Z Fold3 512GB – RM7,099
  • Samsung Galaxy Z Flip3  128GB –  RM3,999 
  • Samsung Galaxy Z Flip3 256GB – RM4,199
  • Samsung Galaxy Watch4 (40mm) – RM899
  • Samsung Galaxy Watch4 (44mm) – RM999
  • Samsung Galaxy Watch4 Classic (42mm) – RM1,299
  • Samsung Galaxy Watch4 Classic (46mm) – RM1,399

Pada acara pelancaran rasmi itu juga, ia turut menampilkan 3 selebriti tempatan iaitu Alif Satar, Daiyan Trisya dan Dini Schatzmann yang memilih peranti boleh-lipat dari Samsung untuk kegunaan harian mereka. Masing-masing menceritakan pengalaman penggunaan mereka ketika mengakses ciri dan fungsi baru yang terbina di dalam peranti.

Malah, dengan kehadiran rekaan boleh-lipat dan binaan IPX8 juga, kedua-dua peranti ini turut menjamin peningkatan produktiviti, fleksibiliti selain mampu memahami keperluan individu dari pelbagai lapisan generasi.

Komen