Carian
Makan Secara Intuitif Adalah Cara Makan Yang Lebih Bahagia dan Sihat – Ini Cara Untuk Memulakannya
September 21, 2021 Lina Rosli

Pernahkah anda terfikir akan kewujudan teknik yang membolehkan anda makan apa sahaja makanan tanpa perlu risau akan kegemukan, masalah penyakit yang umum dan sebagainya?

Sebenarnya, sejak 25 tahun yang lepas, terdapatnya satu teknik pemakanan yang membenarkan segala keinginan anda berlaku iaitu intuitive eating atau pemakanan intuitif. 

Untuk pengetahuan anda, amalan makan intuitif diperkenalkan bagi membantu anda memakan segala jenis makanan yang diingini, namun masih memberi manfaat kesihatan dan kebaikan untuk tubuh. 

Menurut pakar pemakanan, pendekatan radikal terhadap makanan dan kesihatan kini sudah banyak digunapakai dan telahpun diterima oleh kebanyakan individu.

Selepas ini, anda tidak perlu berasa bersalah pada tubuh apabila anda kerana menikmati aiskrim dan coklat pada tengah malam.


Apa Itu Pemakanan Intuitif?

Pemakanan intuitif atau makan secara intuitif adalah teknik atau teori pemakanan yang menjadikan anda faham akan keperluan badan anda dan mengetahui isyarat apabila ia mula lapar.

Pada dasarnya, ia merupakan teknik yang berlawanan dari diet tradisional. Untuk pengetahuan anda, teknik pemakanan intuitif ini tidak memerlukana anda untuk menetapkan garis panduan tentang apa yang harus dielakkan dan apa yang harus makan.

Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada kaedah untuk mengajar anda adalah membuat pilihan yang menepati keperluan badan anda yang merangkumi jenis makanan dan juga waktu makan yang bersesuaian.

Prinsip Yang Digunapakai Untuk Pemakanan Intuitif

Berdasarkan penulisan buku Intuitive Eating, pendekatan ini menggunakan 3 prinsip yang merangkumi:

  1. Perhatikan isyarat tubuh sewaktu lapar dan kenyang
  2. Tolak mentaliti diet dan peraturan makanan
  3. Melakukan tingkah laku positif untuk badan seperti bersenam dan makan makanan yang membuat anda merasa selesa.

Untuk makan secara intuitif, anda mungkin perlu mengetahui semula cara mempercayai badan anda. Untuk melakukan itu, anda perlu membezakan antara kelaparan fizikal dan emosi:

Kelaparan fizikal

Ia melibatkan doroang biologi yang memberitahu anda untuk menambah nutrien. Ia terbentuk secara beransur-ansur dan mempunyai isyarat yang berbeza seperti bunyi perut, keletihan atau mudah marah.

Kebiasaannya, apabila anda lapar secara fizikal, anda akan berpuas hati apabila anda makan apa-apa makanan dan boleh meneruskan hari anda dengan lancar.

Kelaparan emosi

Untuk lapar jenis emosi pula didorong oleh keperluan emosi.

Sebagai contoh, apabila anda berasa sedih, sunyi dan bosan atau beberapa perasaan yang lain, ia akan menimbulkan keinginan untuk makanan, selalunya makanan yang membuatkan anda gembira dan tenang.

Namun, jika anda mengabaikan kelaparan emosi ni, anda mungkin akan mengalami perasaan seperti rasa bersalah dan membenci diri sendiri.

Mengapa Perlunya Pemakanan Intuitif?

Makan intuitif memisahkan idea “berat badan yang sihat” dari kesihatan keseluruhan.

Tidak seperti diet yang cenderung menyekat diri kita sendiri dan berusaha mengatasi naluri badan kita, makan intuitif adalah mengenai belas kasihan terhadap diri selain turut mempercayai tubuh kita dalam mengekalkan kesihatan tubuh.

Bagi anda yang ingin mengamalkan pemakanan intuitif, berikut adalah 3 cara yang boleh anda lakukan:

Ambil pendekatan memberi makan secara lembut.

Dengan makan intuitif, makan adalah penting, tetapi jangan menganggapnya sebagai satu langkah untuk makan secara berlebihan.

Namun, sebaliknya anda boleh memberikan ganjaran kepada tubuh dengan cara, fikirkan makanan apa yang boleh anda tambah dan tolak dalam hidangan anda. Sebagai contoh anda boleh meningkatkan pengambilan air, buah, atau sayur-sayuran baik untuk kesihatan anda dan tidak memerlukan sekatan.


Bersabar dengan diri sendiri.

Jangan berharap untuk menurunkan semua barang makanan dan berat badan anda dengan segera. Masanya berbeza bagi setiap orang yang meneroka makanan intuitif.

Ramai orang takut bahawa tanpa peraturan makanan, mereka akan segera menambah berat badan. Oleh itu, untuk menghilangkan rasa takut berat badan naik, berhenti menimbang diri sendiri. Fokus pada langkah-langkah kesihatan yang lebih bermakna. 

Makan dengan gembira.

Makan intuitif diperkenalkan bagi tujuan menjadikan anda rasa lebih tenang untuk makan. Apabila kita bebas membiarkan diri kita makan makanan tertentu, makanan menjadi lebih kenyang. Makan bukan sekadar mengisi perut kita, tetapi sebaiknya adalah memberi kepuasan untuk diri.

Sumber: Healthline 

Komen