Seperti yang kita lihat sekarang, norma memakai pelitup muka ketika berada di luar adalah satu kepentingan dan inisiatif untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 dari menjangkiti diri. 

Sedar tak sedar, amalan pemakaian pelitup muka telahpun menjadi sebahagian daripada rutin harian kita selama hampir 18 bulan sejak ia mula merebak di seluruh Malaysia.

Rentetan daripada itu, ramai dalam kalangan individu yang sentiasa berseiap sedia dengan bekalan pelitup muka dan pensanitasi tangan tidak kira sama ada di rumah dan juga dalam kereta.

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan perkongsian data oleh Shopee berkaitan jualan Shopee 9.9 yang lepas. Ia mencatatkan sebanyak 10 juta keping pelitup muka terutamanya jenis KF94 dan KN95 telah terjual melalui platform Shopee di seluruh rantau.


Penawaran Pelitup Muka KF Palsu

Apa yang menjadikan kerisauan sekarang ini adalah berlakunya lambakan jualan pelitup muka jenis KF yang palsu yang dijual dikebanyakan platform edagang.

Berdasarkan perkongsian yang dilakukan oleh Korean Ambassy KL di laman Instagram mereka, terdapat banyak laporan yang mereka dapati mengenai peningkatan penipuan yang berkaitan dengan pelitup muka KF.

Pelitup muka KF yang palsu biasanya dibuat di negara lain tanpa diuji dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah (MFDS) Republik Korea.

Malah, ia juga tidak dikeluarkan dari farmasi yang berasal dari Korea selain pelitup muka ini tidak memberikan tahap perlindungan yang mencukupi sewaktu pemakaian dan berkemungkinan besar diperbuat produk berkualiti rendah.


Apa Itu Pelitup Muka KF?

Bagi anda yang tidak mengetahui, pelitup muka KF merujuk kepada pelindung atau penapis pernafasan yang dihasilkan di Korea. Nama KF tersebut merujuk kepada singkatan perkataan Korea Filter.

Di pasaran terdapat pelbagai kod pelitup muka yang berasal dari Korea yang merangkumi:

  • KF80
  • KF94
  • KF99
  • Anti Droplet (AD)

Perbezaan yang ketara yang boleh dilihat bagi kebanyakan pelitup muka adalah kecekapan penapisan. Sebagai contoh, angka belakang ’94’ mewakili tahap tapisan udara dan zarah di udara sebanyak 94%. 

Bagaimana Untuk Mengetahui Pelitup Muka Tersebut Adalah Asli?

Sebilangan besar pelitup muka yang dijual di kebanyakan kedai edagang sering mengaku pelitup muka yang dijual menepati standard KF. Namun, sebagai langkah keselamatan, anda perlu lakukan semakan keaslian untuk kesemua pelitup mula KF80, KF94 atau KF99 di pangkalan data MFDS (https://nedrug.mfds.go.kr/pbp/CCBCC01).

Langkah-Langkah Semakan
  1. Semak nota atau nama produk pada bahagian belakang plastik pembungkusan. Anda boleh menggunakan Google Lens Untuk menyalin nama yang ditulis dalam Hangul.
  2. Kemudian, kunjungi sistem integrasi pintar farmasi di https://nedrug.mfds.go.kr/pbp/CCBCC01
  3. Lakukan carian nama produk atau juga kod produk.
  4. Jika produk yang dibeli mendapat kelulusan MDFS, senarai nama dan butirannya akan dinyatakan pada hasil carian.

Jika anda mendapati kod yang dimasukkan tidak tersenarai dalam laman web berkenaan, maka ada risiko besar bahawa mereka adalah pelitup muka palsu dan tidak boleh digunakan.

Anda juga disyorkan untuk sangat mengesyorkan anda mencari produk di laman web MFDS sebelum anda membeli, kerana ini akan memberikan jaminan terbaik untuk menerima produk yang asli.

Sumber: Korean Ambassy KL