Sudahkah anda mendapatkan set solekan terbaru dari Fenty Beauty? Jika belum, jenama kosmetik terkemuka ini hadir dnegan penawaran koleksi baharu yang memfokuskan kepada warna coklat kemerahan.

Untuk pengetahuan anda, jenama ini membawakan set edisi terhad Bomb Posse Eyeshadow Palette, Diamond Bomb Triple Drip Highlighter Palette, Flyliner Longwear Liquid Eyeliner dan Gloss Bomb Heat Lip Luminizer.

Kesemua produk ini diformulasikan dengan sempurna untuk memudahkan pengguna menggunakannya dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi untuk koleksi palet pembayang mata Bomb Posse, ia menampilkan penawaran 12 pilihan warna yang berbeza dan diilhamkan produk ikonik mereka iaitu Gloss Bomb iaitu rose nude, pink dusty dan rich chocolate.


Palet serba boleh ini membolehkan anda bermain dengan pelbagai penampilan dari gaya lembut dan menawan kepada gaya yang lebih memukau dan elegan. Bomb Posse juga menampilkan pembayang mata yang hadir dengan kemasan matte dan berkilau yang menjadikan penampilan harian lebih variasi.

Untuk Diamond Bomb Triple Drip pula, ia membolehkan anda menikmati tiga warna Gloss Bomb nude yang paling digemari. Ia memberikan penonjolan sejagat untuk kemasan berkilau yang kelihatan luar biasa pada semua warna kulit. Palet trio sesuai digunakan pada wajah, mata dan badan bagi menaikkan lagi seri muka.


Sementara untuk bibir pula, Fenty Beauty hadir dengan tiga warna baru yang mampu menjadikan hasil bibir yang lebih berkilau dan munggil. Untuk ketiga-tiga Gloss Bomb Heat Lip Luminizer dan Plumper, ia menggunakan Plump Job Complex yang inovatif yang mengandungi campuran bahan termasuk minyak akar halia dan ekstrak lada benggala. 


Jangan ketinggalan juga untuk mendapatkan Flyliner Longwear Liquid Eyeliner yang mana ia menawarkan hujung berus yang lentur yang membantu memudahkan cecair dilukis pada mata. Malah, ia juga hadir dengan intensiti warna gel yang pekat dan fleksibel untuk pelbagai jenis solekan


Jadi, bagi anda yang berminat untuk mencubakesemua koleksi baharu dari Fenty Beuaty, maka inilah masanya! Semua produk ini tersedia di Sephora.my dan di kedai di Sephora Malaysia bermula hari ini.

  • Bomb Posse Eyeshadow Palette – Berharga RM223
  • Diamond Bomb Triple Drip Highlighter Palette – Berharga RM190
  • Flyliner Longwear Liquid Eyeliner – Berharga RM103
  • Gloss Bomb Heat Lip Luminizer – Berharga RM110