BOSS Parfums memperkenalkan koleksi baru dalam portfolio wangiannya mereka iaitu ALIVE.

Bagi anda yang sedang mencari pilihan wangian yang baru dengan bau yang unik, mungkin anda akan berminat untuk menambah wangian ALIVE di dalam senarai pembelian.

Wangian ALIVE dari BOSS Parfums ini menampilkan bau yang berani, di samping turut menawarkan kebebasan feminin yang segar. Secara amnya, ALIVE ini membawakan haruman yang berasaskan aroma kayu seperti Cedarwood, Cendana, Olivewood dan Alaskan Goldenwood serta menyertakan juga gabungan beberapa bahan lain yang boleh didapati dalam jenis Eau De Parfum.


Untuk pengetahuan anda, ALIVE direka untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk menjalani kehidupan dengan penuh berani setiap hari. Oleh yang demikian, BOSS Parfums menggunakan beberapa bahan dari ekstrak buah-buahan seperti epal, blackcurrant, plum selain turut menambah juga haruman dari kayu manis dan vanilla madagascan.

Melalui penambahan vanilla madagascan semula jadi merupakan simbol joie de vivre yang dimiliki oleh wanita yang juga membawa maksud kebebasan dalam kehidupan.

Malah, ia turut hadir dengan haruman bunga-bungaan yang merangkumi bunga Indian Jasmine Sambac yang memberi keseimbangan kepada penampilan harian para wanita.


Bagi yang berminat, wangian ini dijual dalam botol flacon ramping yang direka oleh pembuat perhiasan Jerman, Amelie Riech. Dari segi binaan luaran, botol kaca tersebut turut dilengkapi dengan jalur logam emas yang feminin yang dapat mencerminkan barang perhiasan yang berharga untuk setiap wanita.

Dapatkan wangian ALIVE daripada BOSS Parfums dalam bentuk 50ml, 100ml dan 200ml pada harga bermula RM345 sebotol.