Kini telah menjadi satu kemestian untuk para jenama mula menawarkan variasi makanan dan hidangan yang memfokuskan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan.

Jadinya, Starbucks Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mula hadir dengan penawaran menu bebas daging yang kini boleh didapati di semua rangkaian menerusi hidangan Beyond Meat Spiral Curry Puff.


Menu terbaru ini menampilkan karipan vegan yang menggunakan bahan bebas daging ayam yang sesuai buat anda yang menginginkan sesuatu rasa yang baharu. Malah, Beyond Meat Spiral Curry Puff juga adalah pilihan yang baik bagi anda yang mengamalkan diet bukan protein.

Untuk mencubanya, anda boleh mendapatkan pada harga RM12.24 di aplikasi GrabFood dan FoodPanda bermula hari ini!